“Dah mandi sebab nak pergi kedai RM2 dengan papa, ibu tanya mana papa, dia jawab papa kat kubur..terus dia nangis..
“Tidak dinafikan kehilangan insan yang sangat rapat dengan kita merupakan detik paling sukar untuk dihadapi terutama buat seorang budak kecil.
Pasti setiap masa akan terbayang-bayang kehadiran di dalam rumah serta suara mereka yang menjadi penyeri dalam kehidupan selama ini.
Tarikh yang tidak akan dapat dilupakan…Al-Fatihah buat suamiku
Demikianlah situasi yang terpaksa dihadapi oleh seorang kanak-kanak yang bernama Luth ini.
Menurut perkongsian daripada akaun TikTok @amiesya2, suaminya telah pergi dijemput Ilahi dalam sebuah insiden jalan raya. Walaupun sudah hampir sebulan pemergian, namun anak sulung daripada 2 beradik itu seolah-olah masih merasakan kewujudan ayahnya di kediaman mereka.
Luth dah mandi sebab nanti nak pergi Kuala Krai dengan papa
@amiesya2 26.12.2022 tarikh yg xkan smpai bila2 mama lupakan🥲..Al-fatihah buat suamiku md zulfikal ami bin abdul rahman..pergimu tiada ganti..gelak tawamu..senyummu..sikapmu yg terlalu baek dgn semua org buatkan ramai yg mengingati mu dan mendoakan mu papa♥️#sygsuamiduniaakhirat❤️ #rindu ♬ bunyi asal – ..bungabiru
Lebih menyayat hati, tempoh lalu Luth kelihatan teruja mandi dan bersiap kononnya sudah berjanji dengan si ayah mahu ke kedai bersama. Namun apabila ditanya oleh ibunya mengenai keberadaan Allahyarham ayah, budak lelaki tersebut terus menangis usai sedar orang tuanya telah tiada.
Bahkan dia sempat meluahkan perasaan rindu dan sayang buat insan teristimewa dalam hatinya itu.
@amiesya2 Allahu…dari semalam dia gelisah..xtido..asyik bangun je kuar bilik..bila mama tanya kenape2 dia bg alasan nk caj fon nk kencing nk makan..nak tido tepi mama..dia ckp luth syg mama ape itu ini semua..mama ikutkan je kehendak dia semlm..sedar2 pagi td cari mane dia..kt ruang tamu xde..umah sunyi je..prgi jenguk kt dapur tgk dia sensorang kat meja makan ddk kat kusi smbil maen fon sebijik macm arwah papa time balik keje pagi2 maen fon kt dapur sambil minum air.😢..mama tnye nape ddk kt sini sorg2..dia diam..mama buat air ape semua bg makan kuih..mama suruh mandi..tp tgkkan bju dia dh bertukar tuala sepah2 ..mama tnya adik dh mandi ke?dia jawab dah..dah mandi sbb nanti nk pergi kuala krai ngan papa nk g kedai dua ringgit😭😭😭…mama tnya dia papa kt mane dik? dia jawab papa kt kubur..terus dia diam..😭..mama pggl masuk bilik tetiba dia nangis..mama tnya kenape adik nangis..dia terus jawab..dud rindu papa..dud syg papa sambil peluk tuala buruk papa yg selalu papa guna pakai..Allah dikkk..mama xkuat syg bila adik ckp cmtu..mgkin dia dh pendam lame..bnyk hari nk ckp tp xkeluar kt mulut..mgkin dia betul2 dah mula rindukan papa sbb dah lame papa xbalik maen ngan dorang..sbb dia adalah anak yg paling rapat ngan papa..papa manjakan dia sbb dia mmg manja dgn pelat dia bercakp selalu papa ajuk..mane2 mesti papa bawak buat teman..hari yg last bila papa nk pergi selama2nya subuh pagi selalu papa xbalik pun time kerja xabis lagi..ni dinahari lagi kul4.55pagi papa balik kejut mama suh bukak pintu n terus masuk bilik peluk luth sambil tido..dan last pelukan tu utk luth..papa tgglkan luth kul8 pagi naek motor ke JPJ gua musang sbb ade urusan..kul9 lebih mama terima pgglan mengatakan papa eksiden dan papa dah meninggalkan kita semua😭😭😭..Allah s.w.t sebaik2 perancang..papa balik jgk jenguk kita semua dinahari subuh tu kejap..mgkin hati papa dah tahu yg dia akan tgglkan kita semua dik..Al-fatihah buat papa♥️..Allah s.w.t syg papa lebih dari kita semua..doa utk papa xkan pernah putus..InsyaAllah..#alfatihahbuatmu #hanyarindu #sygsuamiduniaakhirat❤️ #rindusuami #kenangankitatakkankulupa ♬ original sound – amieysha🍃
Allahuakbar, rindu yang tak mampu nak diungkapkan dengan kata-kata
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen berasa sebak sebaik sahaja menonton rakaman berkenaan.
Dalam pada itu, mereka sempat menitipkan doa dan kata-kata semangat agar keluarga tersebut kuat dengan segala dugaan yang sedang dihadapi saat ini.
BACA:
Kahwin dengan Fyna Jebat: Anak bujang Zainal Abidin tunjuk gambar ‘panas’ ini
Teras bumi mula berputar lawan arus – Pakar penyelidik dedah sesuatu yang mengejutkan
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio