Dah tumpang bermalam, pandai-pandai je kemas rumah orang!

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Amalan berziarah sesama rakan atau ahli keluarga bukan sahaja mengeratkan silaturahim tetapi juga mampu mewujudkan suasana mesra.

Walau bagaimanapun, setiap tetamu perlu peka terhadap adab ketika berkunjung ke rumah orang lain.

Tidak semua tuan rumah selesa dengan tetamu yang menjenguk ke dapur atau mengemas rumah tanpa izin.

Perkara ini menjadi tular selepas seorang wanita berkongsi pengalaman tidak selesa

apabila ahli keluarganya yang datang bermalam bertindak mengemas rumah tanpa persetujuannya.

Dah tumpang bermalam, pandai-pandai je kemas rumah orang!

Wanita itu meluahkan di laman sosial:

“Sejujurnya, korang suka ke kalau adik-beradik atau saudara mara rapat datang ke rumah, kemudian kemas beriya? Dia bukan cleaner yang diupah, tapi gemar buat begitu.”

Kisah ini mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen, dengan pandangan yang pelbagai:

Pendapat Positif:

Ada yang menganggap tindakan ahli keluarga yang sudi membantu mengemas rumah sebagai satu kebaikan.

Pendapat Negatif:

Sebahagian lagi merasakan tindakan tersebut melanggar privasi tuan rumah dan dianggap tidak menghormati.

Saranan Menegur dengan Baik:

Netizen mencadangkan agar tuan rumah menegur tetamu dengan cara yang sopan sekiranya tindakan mereka tidak disenangi.

Seorang pengguna berkongsi pengalamannya:

“Saya pernah kemas rumah ibu mentua, tapi selepas itu dia tak jumpa barang dan minta saya jangan kemas lagi.

Sejak itu, saya tak pernah pegang penyapu bila balik kampung.”

Sebagai panduan, sebelum membantu mengemas rumah, bertanyakan izin terlebih dahulu kepada tuan rumah. Tidak semua yang kita anggap baik akan diterima dengan senang hati oleh orang lain.

BACA: Akhirnya Ifa Raziah tampil menjelaskan dakwaan memperlekehkan kaum Iban