“Dahlah abang ipar tak kerja tapi nak kahwin, mentua pula suruh suami tanggung kos majlis dia”

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Seorang wanita tidak dapat menahan sebak ketika melihat suami yang sebelum ini terlihat gagah tiba-tiba menitikkan air mata ‘jantan’ di dalam pelukannya.

Hati wanita bergelar isteri itu juga hancur berkecai apabila diberitahu mengenai punca sebenar

suaminya menerima layanan cukup buruk dari keluarga mentuanya selama ini.

Baru dapat menyelami penderitaan dialami suami selepas tujuh tahun berumah tangga,

Berikut perkongsian wanita yang berharap dapat berdiri teguh di sisi insan tersayang.

“Dahlah abang ipar tak kerja tapi nak kahwin, mentua pula suruh suami tanggung kos majlis dia”

“Aku dan suami dikurniakan dua orang cahaya mata. Alhamdulillah, rumah tangga yang dibina selama tujuh tahun ini bahagia. Tetapi, kehidupan kami terganggu dengan masalah orang lain. G

aji aku dan suami ini tidaklah besar sangat. Cukup-cukup makan sahaja, sebab buka perniagaan sendiri.

“Dari hari pertama perkahwinan, aku banyak makan hati dengan keluarga mentua. Suami aku anak kesembilan daripada 13 adik-beradik dan bukanlah datang dari keluarga berada. Ya, dia tak mampu berikan wang tunai macam anak-anak lain pada setiap bulan.

“Tetapi setiap kali kami ke rumah mak mentua, mesti suami bagi RM30 atau RM50. Kami pergi pula dalam empat hari sekali sebab jarak rumah dekat sahaja. Ahli keluarga lain tak nampak itu, masih kutuk-kutuk suami aku dari belakang. Sebab jenis dia selepas berikan duit, diam-diam sahaja. Tak kecoh dalam group keluarga.

“Apabila kami tiada duit pun diam sahaja, tak minta dengan sesiapa pun. Masalah sekarang, kami tak meminta-minta pun salah. Keluarga mentua ingat apabila kami tak minta duit, maknanya kami banyak wang. Mereka cakap suami sengaja tak mahu berikan wang pada ibu mertua aku.

“Keluarga mentua ingat hidup kami mewah sebab tengok aku beli mainan macam-macam dekat anak-anak, dapat beli makanan yang sedap-sedap. Mereka sangka kehidupan kami tiada masalah. Sebenarnya kami ada sahaja masalah. Cuma kami tak tunjuk, mana ada manusia di muka bumi ini yang tiada masalah.

“Sekarang kepala suami aku sakit sangat. Ibu mentua minta tanggungkan kos majlis perkahwinan untuk tiga orang adik-beradik suami pada tahun ini dan tahun depan. Siap suruh ‘sponsor’ RM8,000 untuk besarkan rumah. Mentua nak tambah bilik untuk adik-adik yang nak kahwin itu. Suami sudah cakap, nak kahwin biarlah mereka usaha sendiri.

“Sampai bila nak kena tolong. Nanti lepas kahwin, ada anak takkan suami aku juga kena tanggung. Lepas cakap macam itu, mak mentua aku terus tak layan kami dengan mesra. Padahal sepanjang kami berkahwin, suami aku kalau tiada duit atau tak cukup apa-apa ke tak pernah meminta dengan mak mertua.

“Adik-beradik suami yang lain kalau bagi duit, selepas seminggu dua mesti minta pinjam balik dengan mak mertua. Itu yang mak mentua ceritalah dekat kami. Tetapi setiap kali rumah mentua ada kerosakkan apa-apa, memang suami aku yang kena baiki. Kalau tak dapat tolong dengan duit, dia tolong dengan tenaga.

“Suami aku ada seorang abang yang duduk di rumah mak mertua. Dia hanya tahu tidur, makan, minta duit, dan mengarah sahaja. Dia juga termasuk dengan tiga orang nak kahwin itu. Abang ipar aku ini suka marah-marah, terutamanya bila mak mentua aku masak. Kalau tak kena dengan selera dia memang dia membebel tak berhenti.

“Ada dekat rumah tetapi tiada function, ada hati pula nak kahwin. Walaupun perangai abang ipar macam itu, mak mentua tetap sayang dia. Pernah sekali masa kami makan sama-sama, suami ambil ayam bahagian yang abang ipar aku suka. Tetapi mak mertua ambil balik ayam itu dari pinggan suami aku. Mak mentua cakap, ‘ini bahagian abang’ dan simpan.

“Apabila suami minta mak mentua masakkan makanan kesukaan dia, macam-macam alasan dibaginya sebab tak mahu buat. Kadang-kadang, anak rindu masakan ibu. Sebab itu suami aku buat permintaan. Sekarang sudah seminggu tak pergi rumah mak mertua. Kali terakhir pergi, ibu mentua macam layan tak nak layan sahaja kami anak-beranak.

“Salam pun tidak disambutnya. Bila bercakap, ibu mentua sindir-sindir sahaja sebab suami aku tak nak tanggung anak-anak dia nak kahwin. Suami aku sedih sangat. Dia cakap rasa berdosa sebab kecikkan hati mak. Semalam dia nangis sambil peluk aku. Dia rasa sudah tak mampu nak puaskan hati mak.

“Dari kecil lagi suami tak disayangi macam anak-anak lain sebab dia gelap sikit dari adik-beradik yang lain. Kalau makan ke apa, mesti dia yang terakhir sekali dapat.

Kuat suami menangis masa itu, aku sendiri pun terkejut tengok dia nangis macam itu sekali. Dengan aku-aku sekali pun menangis.

“Suami sudah ajak aku berpindah, duduk luar negeri biar jauh. Betul orang cakap, dekat bau busuk, jauh bau bunga. Doakan kami kuat.” Luah wanita tersebut menerusi satu hantaran dimuat naik di sebuah forum di atas talian tanpa mendedahkan identitinya.

Baca juga  Wanita kesal dihalau suami lepas mengandung, siap lafaz taklik talak kalau tak gugurkan