Daiyan Trisha buka mulut hubungan dengan abang Ummi Nazeera, sering keluar berdua

Daiyan Trisha buka mulut hubungan dengan abang Ummi Nazeera, sering keluar berdua

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Taqs” collapse_text=”Hide” ]Daiyan Trisha buka mulut hubungan dengan abang Ummi Nazeera, sering keluar berdua daiyan trisha seksi biodata daiyan trisha daiyan trisha kahwin daiyan trisha biodata daiyan trisha ig [/bg_collapse]

 

Sering kali berkongsi momen berdua di media sosial, penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan abang kepada pelakon terkenal, Ummi Nazeera, Nazreem Musa.

Artikel Berkaitan: Daiyan Trisha ‘Okay’ Adik Langkah Bendul, Peminat Lelaki Suruh Sabar Tengah Kumpul Duit – ‘Saya Kerja Keras Untuk Halalkan Awak’

Kami tak ‘friendzone’

Daiyan, 28, mengakui dia dan Nazreem sangat rapat namun hubungan mereka setakat kawan baik. Kata pemilik nama Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, usia persahabatan dia dengan Nazreem sudah memasuki tahun kedua.

Nazreem adalah bestfriend saya. Mungkin orang ingat kami bercinta sebab kami sangat rapat dan kerap dilihat pergi event sama-sama.

Tapi sejujurnya kami memang rapat tapi tiada hubungan istimewa. Kami mula berkawan baik sejak dua tahun lalu.

Daiyan Trisha buka mulut hubungan dengan abang Ummi Nazeera, sering keluar berdua daiyan trisha seksi biodata daiyan trisha daiyan trisha kahwin daiyan trisha biodata daiyan trisha ig

Saya sayang dan selesa berkawan dengan dia. Bukan kami ‘friendzone’ tapi masa mula-mula kenal dah memang selesa berkawan.

Daiyan ditemui ketika majlis pelancaran telefilem Rompak di Finch @ KL, The Westin Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

Masih single

Diusik sama ada dia sudah menemui pengganti, pelantun lagu Penat memberitahu dia masih solo dan ingin memberi fokus kepada karier seni.

Biarpun memilih kehidupan privasi, pemilik nama Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin menyatakan peminat tetap berjaya ‘korek’ rahsia.

Saya masih single sekarang… nak fokus pada karier. Sudah tentu saya pernah bercuti, tak ada la sepanjang 10 tahun dalam industri single saja.

Mungkin saya ini seorang yang sukakan privasi sikit. Walaupun private tapi bukan rahsia. Macam peminat mungkin boleh tahu saya ada seseorang atau tidak.

Cuma sekarang ini, saya tak ada sesiapa dan memang hanya nak tumpu kepada kerjaya sahaja.

Sebelum ini, Daiyan mengaku baru sahaja putus cinta dengan seseorang sekitar Julai tahun lalu.

BACA JUGA : TnG akan lancar kad baharu, boleh top up terus melalui TnG eWallet
Fazley semakin hilang rasa hormat terhadap DS Vida
Anuar atau Ziana Zain bakal ganti Ernie Zakri di AJL36 ?

CATEGORIES