Dalam adik beradik, aku yang sara keluarga. Abang sulong aku lepas kahwin terus keluar, tak ambik tahu apa dah, entah hidup lagi ke tak tapi rajin update media sosial dia”

Oleh GEMILANGDAILY

Dalam adik beradik, aku yang sara keluarga. Abang sulong aku lepas kahwin terus keluar, tak ambik tahu apa dah, entah hidup lagi ke tak tapi rajin update media sosial dia”

Dari kecik sampai aku umur 30 ni, kerja mak menyumpah je anak-anak. Mulut mak aku tuu depan tetamu ja manis macam gula.

Belakang tetamu mulut longkang. Mak gugurkan adik kami yang bongsu kononnya sebab miskin tapi..

Dalam adik beradik, aku yang sara keluarga. Abang sulong aku lepas kahwin terus keluar, tak ambik tahu apa dah, entah hidup lagi ke tak tapi rajin update media sosial dia"

Assalamualaikum semua. Aku Maisarah (bukan nama sebenar). Umur dalam 30-an. Aku masih single lagi. Duduk dengan keluarga. Aku nak minta pendapat pembaca. Tolong bagi pendapat yang bernas. Aku hargai sangat. Semoga Allah saja la membaIas jasa kalian.

Aku tinggal dengan keluarga. Ya. Selama umur aku 30 tahun ni. Aku masih tinggal dengan keluarga. Perempuan bujang. Mak aku ni pesakit kronik. Macam-macam lah sakit nya. Dari organ penting sampai organ kecik-kecik.

Alhamdullilah masih panjang umur walaupun makan berlambak-lambak ubat dan jenis keluar masuk wad. Wad hospital kerajaan ni dah macam rumah kedua aku. Aku ada 7 orang adik beradik. Dipendekkan cerita yang berguna dalam 7 orang adik beradik ini hanya 3 manusia sahaja berguna dan berfungsi.

Mak ayah aku dah lama bercerai. Waktu aku kecik darjah 3 gituuu. Ayah aku dan bini muda dia tinggal sekitar bandar aku tinggal jugak lah. Kira nak pergi rumah dekat ja lah. Cuma kena naik bas. Aku ni stress tinggal dengan keluarga aku.

Kalau mak aku sakit, yang kisah kan mak aku siapa? Aku lah. Aku ni kerja biasa saja. Pergi kerja pun naik bas. Bukan ada kereta atau motor pun. Dah ada lesen kereta auto. Cuma tulah gaji pula kecil. Tak lepas nak buat loan.

Ok berbalik pada cerita aku. Dalam adik beradik aku ni. Aku la yang kerja tanggung keluarga. Abang sulong aku lepas kahwin terus blah keluar. Tak ambik tahu apa dah. Entah hidup lagi ke tak. Tapi rajin update media sosial dia.

Dia buat bisnes. Alhamdullilah rezeki dia, lebat duit. Tapi itu lah, bukan untuk keluarga aku pun. Cuma untuk keluarga dia. Oh ya. Abang sulong aku dah kahwin tapi masih belum ada anak. Jadi aku selalu nampak mereka update aktiviti harian mereka.

Memang nampak gaya golongan m20 lah. Aku memang mula benci kan abang sulong aku. Dah la dah kahwin lepas tangan, satu sen pun tak tolong keluarga. Tapi dekat media sosial kemain ehhh terpaling ambik berat hal mak la, pos islamik adik beradik lah mak ayah la bagai.

Puihhhhhhh. Hipokrit sungguh. Ok ini abang sulong aku. Kedua abang aku angah. Ini pun sama. Tiada fungsi. Ada juga la kadang-kadang. Bayangkan duduk serumah. Apa sahaja kerosakkan sanggup biar sampai pecah, busuk, rosak, terbengkalai dari “repair”.

Angah ini bukan tanggung keluarga pun, kalau setakat RM10 RM20 saja. Ini pun jumlah cukup besar dah. Baru saja kahwin tahun ini. Angah ini tak tanggung apa-apa, dah kahwin terpaling bertanggungjawab lah tanggung isteri boleh, tanggung mak tanggung adik-adik tak boleh sengkek.

Walhal aku ada member kerja dengan dia. Aku tauu la gaji tuu berapa. Entah lah malas dah. Yang lain-lain tuuu. Entah lah. Jadi biawak hidup. Aku meluat sungguh tinggal sekali. Aku la terpaling jaga mak aku. Tapi mak akuu ni ada banyak sikap buruk :

1) Suka maki hamun anak-anak. Ha ini tabiat mak aku. Dari aku kecik sampai aku dah umur 30 dahh. Tak habis-habis kat mulut dia. Pantang silap sikit habis satu zoo keluar. Ingatkan dah umur 60 dah insaf. Rupanya makin teruk makin menjad-jadi.

2) Typical mak mak. – Suka bandingkan anak-anak orang lain dengan adik beradik aku. Anak orang lain kerja sara mak lah bagi duit gaji kat mak lah makan nasi kosong air paip dekat tempat kerja sebab duit gaji bagi dekat mak.

Hahahahaha anak mana wehhhhh terpaling bertanggungjawab ini? Serieus ehhh??? Mak akuu cerita macam ini lah. Tak habis-habis bandingkan. Anak jiran ini cakap lembut ja dengan mak. Hahahahahha. Kalau mak dia tak maki hamun hari-hari, akuu rasa aku pun boleh cakap lemah lembut. Cuba kalau hari-hari hadap maki hamun?

Suka sumpah anak-anak. Ha ni tabiat mak aku juga. Suka sangat menyumpah. Sikit-sikit cakap aku IBU doa aku makbul, syurga bawah tapak kaki aku. Puihhhhhh. Terpaling suci la konon. Tak habis-habis dekat mulut tuu sikit-sikit “aku sumpah kau mati kena langgar lah. ‘Aku sumpah kau cacat la, Aku sumpah kau hidup merempat lah.’

Haish macam macam la. Aku ni dah muak. Gila tak muak. Dari kecik mak aku duk sumpah. Pantang adik beradik aku buat silap sikit. Habis sumpah dan maki hamun keluar. Mulut nak aku tuu depan tetamu ja Manis macam gula. Belakang tetamu mulut longkang.

Setiap anak itu ada role model bagi mak aku.

A) Anak manja.

Ada adik aku tuu terpaling suci. Dia la anak manja mak aku. Makan bersuap, apa sahaja minta walaupun terpaksa hutang orang sanggup pergi beli tunaikan. Dia perempuan tak kerja. Dah mak aku pesakit kronik dia lah duk jaga. Tapi bukan jaga sangat pun.

Sepuluh kali mak aku panggil baru sahut, tu pun bebai hentak kaki. Dia ni punya istimewa sampai apa satu sijil periksa tak pernah pi. UPSR? PMR? SPM? Sekolah pun dulu ikut mood. Jarang pergi. Istimewa konon di mata mak aku.

B) Anak selalu kena maki.

Dari 10 skala. Aku bagi dia skala 10. Sebab? Sebab dia paling teruk kena maki. Sampai tahap mak aku cakap patut gugur dia dulu. Oh ya adik aku pun mak aku gugurkan. Adik selepas dia. Konon sebab miskin. Aku kesian juga dekat dia, tapi memang layak la kena maki. Hidup dia macam tak dak arah tujuan.

Kerja mencuri, minum arak, mabuk, ambik dadah. Macam-macam lah kerja jahat dia pun. Cukup jam balik rumah Minta duit dekat mak aku. Oh ya mak aku ni ada syndrome in denial, kalau ada manusia manusia luar datang rumah ceritakan perbuatan jahat adik aku ini. Mak aku bermati-matian tak mengaku.

Bermati-matian back up adik aku ini. Dah la buat jahat, mak back up. Memang best la hidup. Tapi itu la. Selalu kena maki dan kena sumpah. Tapi setakat sekarang ini satu pun doa buruk mak aku tak makbul-makbul lagi. Aku tak tau Allah itu nak nilai macam mana. Sebab? Perempuan ini mak aku. Mak yang lahirkan Kami 7 orang. Memang doa dia makbul. Tapi doa buruk. Makbul juga? Dia ibu.

C) Anak trophy.

Kira macam anak yang dipamerkan. Depan orang lain konon aku la terpaling disayangi terpaling dihargai, walhal hakikat sebenar tak langsung.. Aku la tuu. Aku ni pandai juga dalam keluarga. Tapi umur 30 dan jodoh tak datang lagi. Aku la anak yang belajar semua, tapi ikut selera mak aku.

Mak aku nak aku masuk bidang seni? Aku memberontak. Aku tak minat seni. Alih-alih mak aku sanggup buat macam-macam cara la. Akhirnya aku pun belajar bidang seni. Dan setiap SEM aku la terpaling malang.

Markah aku apa semua teruk. Kira lulus pun cukup-cukup makan. Sudah la sambung belajar mak aku tak kirim duit. Aku belajar pakai air liur? Ada la sekali sekala bagi RM50 untuk satu sem. Satu sem bukan sebulan atau seminggu ya. Aku memang sangat-sangat menderita la.

Nak buat part time? Kelas padat, tak ada masa langsung. Kira miserable sangat la hidup aku waktu tu. Ini aku dah kerja pun sama. Selera mak aku juga. Aku ini patung saja. Tak ada peluang nak kerja bidang aku suka. Hutang belajar aku pun tak bayar-bayar lagi.

Sebab? Aku tanggung keluarga aku. Mana ada lagi duit. Ini la aku yang tahan telinga. Tadah telinga dengar apa saja kata buruk kata kesat mak aku. Aku juga ada adik lagi sorang ni. Oh ya dia kerja ya tapi tak pernah hulur duit kat mak aku pun. Apa saja dia buat mak aku biar ja.

Dia ambik baju aku? Dia curi duit aku? Dia ambik harta benda aku? Apa saja dia ambik dari aku. Walhal depan mata mak aku sekalipun perbuatan dia. Tetap mak aku in denial. Punya jaga punya sorok. Akhirnya kant0i juga.

Aku ni dah tahap malas dah nak bising-bising. Aku buat hal aku je. Tapi sampai bila adik aku ini nak buat aku macam ni. Bila dia buat apa-apa, aku marah, mak aku back up dia. Tak pernah pun back up aku. Buat aku macam pesalah lagi ada la.

Harta benda aku, duit aku dekat RM10K dah dia kebas. Aku menangis sebulan weh. Sebulan. Macam kena palau weehhhh. Duit kerja duit aku selit-selit simpan. Tapi keluarga tak guna aku ni buat aku macam akuu yang ambik duit macam aku yang salah.

Aku acah-acah bagitau polis, mak aku mengamuk-gamuk macam orang sasau. Punya back up anak dia sampai aku ni rasa menyesal dia lahirkan aku. Aku ni dah umur 30. Aku dah penat sangat. Yang buruk aku lah. Yang gaji sikit aku la.

Tapi bila sakit demam. Aku la dicari. Aku la pagi petang malam Jaga sampai sembuh. Bila adik beradik aku pokai. Aku lah yang bantu. Bila mak aku sakit, aku la ke hulu ke hilir cari ubat. Jauh ceruk mana pun aku redah. Bila keluarga aku nak makan apa, aku lah redah pergi cari walau terpaksa bermandi peluh. Aku lah. Aku lah.

Tapi kalau aku susah, nak Minta RM10 pun dah macam memgemis dekat adik beradik aku. Nak minta nasi? Lagi la. Aku rela berpuasa ikat perut berlapar dari minta tolong manusia macam adik beradik aku. Apa yang patut aku buat? Aku teringin nak kahwin. Tapi belum sampai jodoh lagi.

Aku nak ada ruang untuk masak, untuk jadi diri aku. Aku teringin jadi isteri, aku teringin jadi ibu. Teringinnnnn… Aku nak sangat satu kehidupan yang aku bebas makan minum tanpa perlu ingat kepada sesiapa. Aku teringin ada ruang nak beli barang-barang kesukaan aku tanpa asyik hilang. Teringin nak pakai lama-lama. Aku teringin ada orang cari aku, tanya perihal hari aku. Ambik berat hal aku.

Teringin lah.. Oh ya, aku ada hobi. Hobi murah saja. Sebab bukan orang kaya. Tapi gitu la. Pergi la jauh mana pun, tetap pulang ke rumah. Tapi rumah ini bukan tempat aku rasa selamat. Hmmm.. Aku selalu rasa marah, sedih, kecewa. Tapi bila di luar rumah aku la manusia paling bahagia.

Aku tinggal satu rumah dengan keluarga aku. Tapi aku rasa macam orang asing. Sangat asing. Cukup lah derita aku waktu kecil, tak Kan nak hadap lagi sampai tua? Oh ya ayah aku? Sejak dia kahwin lain. Memang lepas tangan la.

Ada la juga datang bagi duit. Itupun selepas mak aku turun naik mahkamah. Tapi dia cuma bagi berapa saja. Alasan ayah aku? Macam -macam lah. Aku pun dah muak. Dari aku kecik sampai umur sekarang tak habis-habis hal nafkah. Tolong doakan aku dibuka pintu kebaikan. Aku ingin berhijrah. Ingin sangat. – Maisarah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Mas Isnani : Dik, keluarlah dari rumah tu. Cari kerja yang awak suka. Buat simpanan sendiri diam-diam dalam bank. Ramai lagi kan adik beradik lain yang temankan mak kat rumah tu. Balik sesekali. Bukan untuk jadi derhaka, tapi untuk elak dari derhaka.

Baca pun penat. Gi dok rumah sewa, cari kawan-awan yang baik, bina hidup. Oh ya.. jangan lupa laki pun ada pesen toksik macam mak awak, suka maki hamun bini, suka cakap syurga kat dia bagai. Jadi, setelkan masalah satu-satu k.

Jangan keluar mulut rimau, masuk mulut boya.. Kalau dok bercinta pun dah tunjuk perangai press kereta tak ketahuan time marah, letgo je.. Semoga mendapat jodoh yang baik, di masa yang tepat nanti.

Naziraf Roon : Jangan bagi duit pada adik beradik, bagi pada mak cukup. Tak payah jadi polis pada adik beradik, nak suruh itu ini, salah itu ini, dorang dah besar pandai fikir sendiri. Dorang nak melingkup pun, biar lah. Sebab macam teruk sangat. Pentingkan diri sendiri, sebab mereka takkan hargai. Fikir masa depan. Jangan biarkan mereka heret awak sama.

BACA:

“Baru sebulan suami meninggal, hubungan aku dan kawan baik suami tiba-tiba jadi serius dalam masa singkat, sekali ini yang jadi”

“Aku nampak seorang wanita. Perempuan mana je yang berbual dengan suami orang tengah malam buta! Aku terus pergi ke arah ayah dan ayah sangat terkejut. Ayah tekup mulut aku dan tarik aku ke dapur..”