Assalamualaikum hai semua. Nama aku Mimi bukan nama sebenar. Isteri Penagih?
Ya, aku memang tak pernah terfikir dalam benak fikiran aku ni yang aku dah bersuamikan seorang penagih.
Ok, biar aku ceritakan perihal suami aku.Nama samaran sebagai Adi. Adi tua 8 tahun dariku umur 30-an.
Kami berkenalan melalui kawan kawan sebab Adi malu untuk approach aku. Kawan Adi yang membantu Adi untuk mendapatkan nombor telefon aku dari kawan baik aku.
Selepas meneliti sikap Adi yang jujur dan pemalu itu aku bersetuju untuk berkenalan dengan Adi. Sepanjang percintaan aku dengan Adi selama 2 tahun, semuanya indah belaka.
Orangnya baik, kelakar, jujur, mempunyai common sense yang tinggi dan berasal dari keluarga yang sederhana. Ayah sudah meninggaI, hanya tinggal ibu saja.
Sepanjang percintaan kami, tiada kes curang ataupun salah faham lain. Selepas 2 tahun bercinta kami pun berkahwin. Awal perkahwinan akulah wanita paling terbahagia. Adi bagiku suami yang sangat sempurna. Dia sangat memahami, dia buat kerja rumah.
Aku tak pandai memasak, apa yang aku masak aku cuma ikut resepi facebook. Kadang – kadang dia akan masak, buat breakfast sebelum masing – masing pergi kerja. Aku seorang yang cuai, leka. Dia pula seorang yang details, tak pernah marahkan aku.
Bagiku dia cukup cukup sempurna. Sehinggalah usia perkahwinan kami hampir setahun semasa aku mengandung 2 bulan di bulan puasa. Aku minta keizinan suami untuk berbuka puasa bersama kawan. Aku ajak dia sekali tetapi dia taknak ikut katanya segan.
Sepanjang aku berbuka dengan kawan, aku tak lekang untuk bermesej dengan Adi. Yelah aku tak nak lah jadi isteri yang lupa terus suami bila bersama kawan. Tapi tak berbaIas. Aku call tak berangkat. Aku dah jadi tak tentu hala.
Risau sangat. Hampir saja aku cancel berbuka dengan kawan tetapi dia tiba – tiba angkat call aku yang aku rasa ke seratus kali. Katanya dia ok, just enjoy dengan kawan. Nanti on the way balik inform dia. Aku tak sedap hati, aku rasa something tak kena lepas berbuka aku terus balik tak jalan – jalan pun dengan kawan aku.
Bila aku sampai di rumah, dia khusyuk dengan telefon. Aku aneh dengan sikapnya. Dia jadi dingin. Aku cuba mencipta suasana happy dengan bergurau dengan Adi sebab Adi seorang yang suka bergurau. Tapi takde response.
Aku cuba tengok sekali apa yang khusyuk sangat dengan fon tu, Adi mengelak. Badan Adi berpeluh – peluh. Aku lapkan, katanya panas kipas slow. Bila Adi mengelak aku, aku jadi lagi lah curious. Aku keep curi – curi tengok sampai Adi rimas tapi dia tak naik suara atau marah.
Sampai satu saat rupanya baru aku tau Adi tengok video tak elok. Allah sedih hati ini. Aku marah, aku ambil telefon dia dan baling. Adi pujuk aku, peIuk aku. Aku ajak tido dia cuba tido tapi dia cakap tak boleh tido. Aku sedih masa tu sebab Adi ada masalah suka tengok video tu.
Dia jadi tak lalu makan, bila aku p4ksa, dia akan makan sesuap dua. Pastu dia dah tak lalu katanya s4kit perut lah apa lah. Ok sebabkan aku rasa masalah Adi ni adalah suka tengok video, aku cuba g0da dia. Macam – macam cara g0daan aku buat yang tak mampu aku nak tulis sebab bikin malu.
Sebab aku tak nak dia tengok perempuan dalam video tu tapi tengok aku. Tapi Adi tetap tak bernafsu. Adi tinggalkan fon, dan cuba layan aku tetapi dia tetap tak bernafsu. Akhirnya aku yang mengalah, sedih, penat. Sikap dia ni berlarutan selama 2 – 3 hari.
Selepas dia ok, selera makan akan bertambah dan dia akan kembali normal. Benda ni selalunya terjadi masa weekend dan kadang – kadang sampai tak pergi kerja. Aku ingatkan cuma sekali tu saja terjadi. Rupanya 3 – 4 kali lagi selepas tu.
Aku google macam macam cara nak bantu rawat suami ketagihan video Iucah. Setiap kali terjadi aku akan menangis, aku pernah packing baju nak balik rumah mak aku tetapi dipujuk Adi. Dipujuk supaya jangan tinggalkan dia.
Dia cakap kat aku kadang – kadang dia perIukan me time. Aku takleh terima ayat dia. Sehinggalah aku mengandung 7 bulan, aku balik kerja aku tengok dia buat lagi per4ngai. Aku menangis sampai aku nak terjatuh pengsan.
Adi cepat – cepat angkat aku dan letak aku kat katil. Dia peIuk aku minta maaf. Tengah malam tu masa aku tido atas katil. Tiba – tiba Adi datang. Adi peIuk aku, Adi civm dahi aku. Adi minta ampun dengan aku untuk semua benda yang dia pernah buat, s4kiti aku ketika aku berjuang mengandungkan anak dia.
Adi bercakap banyak pasal masa depan keluarga kami. Aku diam saja, biarkan dia bercakap. Dan masa itu lah Adi mengaku dia mempunyai satu masalah, iaitu ketagihan d4dah jenis ice / syabu dah hampir 10 tahun sejak remaja.
Hanya Allah je yang tau r3muknya aku masa tu. Tiada kata – kata. Hanya air mata yang keluar. Adi lap air mata aku dia berjanji untuk tidak lagi mengani4ya aku. Aku tak pernah sekelumit pun terfikir yang aku bersuamikan seorang penagih.
Sebab aku takde pengetahuan dan aku ingatkan semua penagih badan jadi kurus kering cengkung. Tapi Adi badannya agak tough. Disebabkan Adi berjanji untuk berhenti, aku cuba untuk tak marah, tak meng4muk. Aku peIuk dia sambil menangis cakap aku bagi dia peluang kedua.
Aku ada bagi cadangan untuk dia ke AADK tapi dia yakinkan aku untuk berhenti sendiri, aku percaya. Ku fikirkan panas ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Masa aku kena admit ward sebab ada masalah mengandung, Adi yang hantar aku, tunggu aku kat luar wad dari petang sampai tengah malam.
Bila aku dah masuk ward, aku mesej tak berbaIas. Call tak berjawab. Aku dah tak tentu arah. Aku kenal Adi, aku tau dia per4ngai macam ni hanya bila dia ambil ‘barang’ tu. Aku keep call sampai dia angkat, dia cakap sepatah dua then letak.
Aku sedih sangat – sangat dalam ward, aku menangis dan always menangis sampai orang keliling asyik tengok aku termasuk lah nurse doktor. Aku wassap bertubi – tubi, aku keep call beratus kalinya. Keesokannya aku dapat discharge, aku wassap Adi suruh ambil aku.
Dia macam biasa, tak angkat call dan tak reply mesej. Aku tau dia kalau ambil barang tu dia memang tak tidur. Aku call beratus kali baru angkat, dia baru nak gelabah macam mana nak ambil aku. Oh ya, Adi kalau ambil ‘barang’ tu dia tak akan keluar rumah.
Sebab dia takut terserempak dengan polis. Tak akan pergi keja, sebab tu dia suka ambil masa weekend. Aku sedih dan p4ksa dia ambil aku. Aku memang cakap kasar dengan dia. Dia cakap ok dia datang ambil. Lega aku ingatkan dia boleh control.
Lepas sejam aku tanya dia kat mana tapi dia masih kat rumah. Katanya petang, aku tunggu petang tetap tak datang. Doktor nurse keep tanya mana suami awak? Suami dah sampai? Sedihnya aku bukan kepalang. Aku cakap nak suruh family aku ambil, dia dah takut.
Dia asyik cakap dia akan datang dia akan sampai tapi tetap tak keluar dari rumah. Sampailah aku call mertua aku untuk minta datang ambik aku dekat hospitaI. Aku nekad, aku akan bagitau mertua perihal suamiku. Sebab kami pernah berjanji masa dia confess dulu, kalau dia tak berubah dan tetap ambil barang, aku boleh cakap pada ibu dia.
Dalam kereta aku beritahu mertua aku. Marahnya mertua aku sangat – sangat sambil menangis sedih sangat aku tengok. Sejujurnya mertua tak tahu yang Adi macam tu disebabkan dia lansung tak ada ciri – ciri macam penagih.
Balik tu Adi kena marah bertalu – talu. Dalam bilik Adi peIuk dan melutut depan aku minta maaf. Adi merayu jangan tinggalkan dia. Dia takkan buat dah lepas ni. Aku merajuk, keras kan hati tapi entah kenapa hati aku cepat cair dengan pujukan dan rayuannya.
Sehinggalah aku selamat melahirkan anak, alhamdulilah Adi orang yang paling bahagia. Semasa aku ditahan di wad, Adi setia menunggu. Aku tr4uma dan takut jika Adi ambil barang lagi tapi Adi cakap dia takkan buat dah ada anak katanya.
Aku berpantang di rumah mak aku, selesai menghantar aku dan baby ke rumah mak aku yang berjarak dalam 40km, Adi pulang ke rumah atas tuntutan kerja. Adi buat hal lagi, semasa aku berpantang. Padahal masa ni em0si aku sangat perlu dijaga.
Aku terus menangis, mak aku perasan dan nasihatkan aku jangan menangis tetapi aku tak beritahu mak apa puncanya. Aku ingatkan lepas aku berjuang melahirkan anak, dia akan ok, tapi rupanya tidak. Aku nekad untuk pulang ke rumah keesokannya.
Aku p4ksa Adi ambil aku tapi macam biasa lah tak boleh keluar rumah. Masa tu aku meng4mok sakan. Aku sampai ugvt untuk menelefon kawan – kawannya untuk suruh menasihatinya. Adi merayu supaya jangan buat macam tu.
Tapi aku memang sudah hampir giIa dibuatnya. Selepas dip4ksa, dan aku call ibu mertua untuk minta Adi datang ambil aku, akhirnya dia datang. Aku cakap kat Adi aku nak bercerai. Sebelum ni aku meng4muk pernah aku cakap macam tu, tapi kali ni aku nekad.
Aku nekad nak bercerai. Cukup lah, aku rasa dia tak akan boleh berubah. Adi merayu, dia melutut dia kaki aku dia sembah kaki aku minta jangan tinggalkan dia. Sekali lagi, aku tetap bagi dia peluang. Dan yang paling last terjadi, masa anak aku dah 5 bulan, Adi ambil lagi.
Aku meng4mok sampai aku t4mpar mukanya. Aku jadi separuh giIa kali ni, aku tak pasti kalau aku memang betul – betul giIa atau apa. Sebab aku boleh cuba ceder4kan anak sendiri, satu benda yang aku memang totally TAK SEDAR.
Hanya lepas aku tengok Adi cepat – cepat angkat anak aku and dukung jauh baru aku sedar. Cara aku bernafas dah macam orang hilang akal, apatah lagi cara aku bertindak.
Adi perlahan – lahan pujuk. Adi pujuk aku, aku menangis sampai lemah lutut. Aku menangis sebab aku tak sangka aku boleh buat macam tu dekat anak aku. Anak aku pulak diam tak berkutik cuma pandang ja aku.
Sekarang anak aku dah 8 bulan, buat setakat ni Adi tak ‘ambil’ lagi barang selepas kejadian itu. Tapi setiap kali hujung minggu, aku tr4uma. Tr4uma yang amat. Aku keep checking dia kat mana. Aku selalu wasap dia tanya dah sampai office ke belum dah balik kerja ke.
Adi cakap dia tak akan ambil lagi barang tu. Aku cuba percaya. Tapi deep inside actually aku tak percayakan dia. Aku takut, terlalu takut. Aku tak tahu apa yang patut aku buat sekarang. Ok aku selit sikit cerita tentang AADK dan KIinik Cure Care, aku pernah nekad untuk bawa Adi ke kIinik cure / AADK, katanya kebanyakan kawannya lepas keluar kIinik bukan jadi lagi elok, malah lagi teruk. Aku tak percaya kata – katanya.
Aku banyak buat research tentang feedback kIinik ni, betul la aku tengok mostly pengalaman yang join program ni sebenarnya bukannya lagi better. Tapi sebenarnya network m4kin luas. Maksud aku, kawan – kawan yang seumpama dia akan bertambah.
Dan, mereka akan contact sesama mereka konon untuk ajak ‘ambil’ bersama, atau tanya stock. Aku jadi takut untuk bawa Adi ke situ. Buat masa sekarang network Adi belum luas. Korang rasa macam mana? Tolong aku gais.
Tolong lah aku perIukan nasihat dan cadangan atau pandangan dari korang. Apa aku perlu buat? Aku sayangkan perkahwinan dan keluarga kecil aku. Aku pernah cakap kat Adi aku tak heran pun jadi single mom tapi sebenarnya aku tak cukup kuat. Bantu aku.. – Mimi (Bukan nama sebenar)
Sambungan… Assalamualaikum semua, nama aku Mimi. Aku pernah confess di sini 2 tahun lepas berkenaan dilema aku bersuamikan seorang pen4gih, Adi (bukan nama sebenar). Aku pun susah nak cari balik post aku yang lama. Tetapi aku baca setiap satu komen walaupun ketika itu aku sangat rapuh.
Ada komen yang berkata Adi tidak akan berubah sama sekali. Ada juga memberi cadangan yang buatkan aku bersemangat untuk cuba menyelamatkan rumah tangga aku. Ada komen yang menambah Iuka di hati aku. Kerana setiap bicaranya menunjukkan betapa jijiknya nilai seorang pen4gih kepada mereka.
Tidak mengapa, aku sikitpun tidak menyalahkan sesiapa. Kerana aku juga pernah merasakan sebegitu sebelum aku berkahwin. Apa pun komen kalian, aku berterima kasih. Setiap satunya aku baca. Tapi ketika itu aku masih buntu. Solat dan doa juga aku teruskan.. Supaya aku dapat mencapai kata putus.
Ketika itu, jauh di hati aku tidak rasa ingin meninggaIkan kerana Adi cuba untuk berubah. Kalau aku tinggalkannya, aku tahu kehidupannya akan lebih buruk. Dia akan kembali pada ‘kehidupan hitam’ itu. Tapi aku juga ingin menyelamatkan bukan saja masa depan aku, tapi juga masa depan anak aku.
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt. Adi berjaya untuk berhenti dari mengambil ‘barang’ itu. Hampir 3 tahun dia sudah berhenti dan kini kami sangat bahagia dengan kehidupan yang tidaklah mewah tetapi serba mencukupi.
Berbalik kepada keadaan aku ketika itu (2 tahun lepas), aku juga masih runsing dengan keadaan aku. Hati aku juga sudah menjadi sekeras batu. Untuk pengetahuan pembaca, aku asalnya seorang gadis yang sangat lemah lembut dan manja.
Aku sentiasa menyusun ayat agar percakapan aku tidak menggur1s hati sesiapa. Tapi setelah Allah swt hadirkan ujian berat begini padaku, hati aku sudah menjadi batu. Suara aku sudah menjadi tegas. Malah aku jadi lebih tegas dengan diri aku sendiri.
Aku ada membuat rujukan ke pejabat agama untuk permohonan fasakh. Aku merancang supaya aku tidak lagi mengandung ketika itu. Malah aku juga sudah memberitahu Adi bahawa jika kami berpisah, aku tidak ingin sesiapa pun mengetahui punca penceraian kami kerana aku tidak sanggup sesiapa pun melabel anak aku sebagai anak pen4gih.
Berulang kali aku menyebut mengenai betapa h4ncurnya hati seorang anak jika ada orang melabelnya anak pen4gih. Aku tegas padanya jika dia ambil sekali lagi, maka aku akan terus ke pejabat agama kerana bukti – bukti sudah cukup untuk aku bawa ke mahkamah memohon fasakh.
Kewangan keluarga kini aku yang uruskan. Segala transaksi in dan out di bank akan aku teliti setiap bulan. Tapi aku masih letakkan hormat padanya. Dan alhamdulillah sepanjang proses Adi untuk pulih dari ket4gihan, dia tidak pernah lost control, dia tidak pernah memukuI, tidak pernah ambil duit, dan banyak toleransi untuk berbincang mengenai plan kewangan dan masa depan kami yang dibuat oleh aku.
Alhamdulillah kali terakhir dia ambil barang itu ketika anak aku berusia 5 bulan. Selepas itu, mungkin kuasa Allah swt menjadikan anak aku begitu attach dengannya. Setiap masa anak aku hanya ingin bersamanya. Dia lah penguat Adi.
Di samping itu, Adi kembali menjaga solat dan mengajar anak aku untuk bersolat bersamanya. Anak aku membesar menjadi anak yang sangat ceria dan aktif. Yang begitu rapat dengan bapanya. Dulu ketika aku begitu ingin untuk bercerai, aku nekad untuk mewasiatkan supaya anak aku tidak boleh dijaga oleh bapanya jika aku meninggaI. Anak aku akan diberikan kepada keluarga aku.
Aku pun tidak tahu ketika itu boleh kah untuk berbuat sedemikian jika mengikut undang – undang Malaysia tapi aku tetap nekad. Namun kini, aku sedar. Sebenarnya tiada sesiapa yang boleh menjaga anak aku sebaik Adi. Malah Adi menjaga anak lebih baik dari aku, ibunya sendiri.
Rutin Adi masih sama sejak awal berkahwin. Dia lah yang banyak melakukan kerja rumah. Terlalu banyak yang dia bantu aku dalam urusan rumah tangga dan menguruskan anak. Aku bahagia untuk masa sekarang ni.
Tolonglah kalian doakan aku supaya kebahagian aku ini berkekalan. Aku ada banyak mendengar cerita yang pen4gih ini boleh kembali men4gih walaupun sudah berhenti seketika. Adakah benar begitu? Selepas aku membaca beberapa komen di suatu posting facebook mengatakan pen4gih tidak akan boleh berhenti, dia tetap akan kembali men4gih suatu hari nanti. Hati aku kembali p4nik. Tr4uma lama kembali.
Sehinggakan kini jika Adi lambat angkat telefon aku sudah gelisah. Perasan gelisah yang tidak dikawal ini hampir menimbulkan kembali rasa benci kepada Adi. Tapi hingga ketika ini, Adi memang sudah tidak mengambil bahan terlarang itu lagi.
Aku tidak layak untuk memberi nasihat. Tetapi buat kalian yang mempunyai masalah yang sama dengan aku.. benar, sesiapa pun yang mengetahui jika kalian bersuamikan / beristerikan pen4gih akan segera menasihati kalian untuk melarikan diri dan stop dari perkahwinan ini.
Tetapi, kalian lebih kenal pasangan kalian. Jika dia sedang berusaha keras untuk berhenti, bantu lah dia. Bimbing lah dia. Jika perlu menjadi garang, tegaslah untuknya. Jika perlu p4ksa ambil rawatan, p4ksalah dia. Kita berusaha untuk orang yang ingin berusaha, untuk orang yang struggle mencari jalan keluar.
Jika anda terus bertindak meninggaIkan dia, aku yakin dia akan kembali dalam kehidupan gelap itu. Sedikit informasi aku ada dapat dari komen confession aku tempoh hari, terdapat tempat pemulihan bukan under AADK seperti pondok / tahfiz yang boleh membantu memulihkan golongan ini. Mungkin boleh cuba.
Tetapi jika dia pernah memukuI, menced3rakan, mencuri demi membeli ‘barang’ itu ataupun sebagainya, angkat lah kaki. Malah jika peluang yang diberi telah disiakan sehingga lebih dari 3X, maksudnya dia sendiri tidak kuat untuk berhenti.
Dia tidak akan boleh berubah jika tindakannya melampaui akal fikiran. Kumpul bukti sebanyak mungkin ketika dia sedang mengambil ‘barang’ tersebut untuk permohonan fasakh. Ataupun terus call AADK datang ke rumah ketika dia sedang dalam ‘dunia’ sendiri.
Aku mohon doa kalian supaya Adi dapat kembali normal selamanya. Harapan aku semoga kegigihannya yang kini kembali mengukuhkan tiang agamanya berjaya membantu untuk dia terus keluar dan bebas daripada kehidupan ‘hitam’ itu lagi.
Jikapun suatu hari nanti, segala komen di facebook yang mengatakan pen4gih ini akan tetap kembali men4gih ini terjadi pada Adi, aku bersedia untuk menamatkan perkahwinan ini. Tetapi cukup lah ya Allah. Aku rasa sudah tidak kuat lagi untuk berhadapan dengan ujian seberat itu lagi. Doakan aku. – Mimi (Bukan nama sebenar)
BACA: Kecoh ikan haruan besar-besar bas naik sendiri ke darat, “rezeki budak bersunat ni!”