Apabila melangkah ke alam universiti, para pelajar biasanya akan diberikan pelbagai tugasan untuk menguji pemahaman mereka terhadap pelajaran yang telah diajar.
Namun, ada segelintir pelajar yang memilih jalan pintas dengan mengupah orang lain untuk menyelesaikan tugasan mereka.
Baru-baru ini, seorang pengguna telah menimbulkan isu ini setelah menjumpai iklan
Ada yang mempromosikan servis untuk menyiapkan tugasan subjek di universiti.
Iklan tersebut disiarkan secara meluas di beberapa platform media sosial untuk menarik pelanggan, khususnya pelajar yang malas menyelesaikan tugasan dengan bayaran tertentu.
Pengguna yang dikenali sebagai X meluahkan rasa marahnya terhadap tawaran servis ini,
bimbang generasi muda yang akan memimpin negara tidak akan mempunyai ilmu pengetahuan seperti yang diharapkan.
Ciapan lelaki itu telah menarik perhatian netizen, dan ramai yang mengecam individu yang menawarkan servis tersebut, menganggap mereka sebagai perosak generasi muda pada masa akan datang.
Ada juga netizen yang mendedahkan bahawa servis seperti ini sudah tersedia di beberapa laman web seperti Carousell atau Shopee, dengan harga serendah RM50 dan boleh mencecah ribuan ringgit bergantung kepada tahap kesukaran tugasan.