Dapat mesej dari HKL, Ebit Lew terus hantar barang keperluan frontliners

Dapat mesej dari HKL, Ebit Lew terus hantar barang keperluan frontliners
Semalam dapat mesej dari HKL untuk beberapa keperluan. Terus pagi ini hantar keperluan air mineral 100 katon, sabun mandi, shampoo,biskut, keropok, makanan kering untuk dihadiahkan pada frontliner di HKL. Di sini wad kecemasan penuh dengan positif covid yang stage 3 – 5.
Jumpa dengan Pengarah Hospital. Beliau baik tadi sambut dan ucap terima kasih. Siap bagi sijil pada saya. Beliau dari bulan 9 tak balik Sabah jumpa isteri dan keluarga sampai sekarang kerana berkhidmat. Kasihan Dr. Katanya inilah tanggungjawab kami ustaz.
Saya kena kuat dan sentiasa ada disini bagi semangat pada frontliner lain. Semoga semua terus kuat yer.
Semoga menjadi asbab kebaikan. –FB