Apabila kita dongak kepala ke langit pada cuaca cerah, kita dapat melihat kapal terbang terbang di ruang udara.
Kapal terbang itu bergerak lancar, ditemani oleh awan putih dan gebu di sekelilingnya, memberikan pemandangan yang indah dari bawah.
Walaupun kita dapat melihat pergerakan kapal terbang tersebut dengan jelas dari darat, namun mengapa ketika kita berada di dalam kabin sebagai penumpang,
kita tidak merasai sebarang pergerakan ketika kapal terbang berada di udara? Secara tiba-tiba, kita sudah sampai ke destinasi tanpa perasaan pergerakan yang jelas.
Untuk menjawab persoalan ini, mari kita kaji isu ini dan cari jawapannya, terutamanya kepada mereka yang sering menggunakan pengangkutan udara.
Menurut Mental Floss, penumpang tidak merasai pergerakan apa pun kerana mereka sendiri bergerak pada kelajuan yang sama seperti kapal terbang yang mereka naiki. Mata manusia juga tidak dapat melihat pergerakan kapal terbang dari luar kerana yang dapat dilihat hanya kabin atau bahagian dalam kapal terbang.
Keadaan yang sama berlaku ketika kita menaiki kenderaan darat seperti kereta atau kereta api. Namun, terdapat sedikit perbezaan. Ketika berada di dalam kenderaan darat, kita dapat merasa sedikit pergerakan, terutamanya apabila menggunakan objek sekeliling sebagai rujukan seperti pokok atau objek lain di luar tingkap.
Berbeza dengan kapal terbang yang berada jauh dari permukaan Bumi, ianya agak sukar untuk melihat objek-objek luar dan dijadikan sebagai rujukan. Ketiadaan objek-objek sebagai rujukan menyukarkan persepsi pergerakan yang berlaku.
Walaupun begitu, jika kita berada sangat dekat dengan daratan dan dapat melihat bayang-bayang pesawat, ini dapat membantu kita melihat kelajuan pesawat dari sudut pandang yang berbeza. Kita juga boleh melihat kelajuan pesawat dengan merujuk kepada pergerakan awan nipis di atas sayap pesawat.
Namun, perlu diingat bahawa walaupun pesawat bergerak dengan kelajuan tinggi, ia mungkin kelihatan seolah-olah bergerak perlahan dari perspektif di Bumi. Ini disebabkan oleh jarak antara penonton dengan pesawat tersebut.
Objek yang bergerak jauh dari pandangan mata akan kelihatan bergerak dengan kelajuan yang lebih perlahan berbanding objek yang berada lebih dekat.
BACA: Helen Duncan ahli sihir paling seram zaman perang dunia kedua, boleh hidupkan tentera telah mati