Darurat : Rakyat bukan persoal Agong, tapi sikap PN yang asyik berpolitik

Darurat : Rakyat bukan persoal Agong, tapi sikap PN yang asyik berpolitik

Dia gini Din,

Tiada siapa (rakyat biasa) persoalkan keperluan perkenan Darurat oleh YDPA Agong. Sebelum darurat tu diisytihar, memang rakyat pun naik menyampah dengan politik yang tak berkesudahan.

Rakyat pun suka dan gembira bila mana step politik dapat dihentikan menerusi darurat.

Yang rakyat berbulu sekarang ni Din, nama je darurat politik, tapi masih ada gerakan berbaur politik yang buat rakyat menyampah.

Darurat, tapi ada perutusan khas lagi Hari Wilayah. Dalam Hari Wilayah tu ada pulak penganugerahan dato. Mungkin rakyat masih boleh tutup mata kalau anugerah dato tu diberi pada yang layak, Ebit Lew contohnya. Ni diberi pun kepada orang politik yang sumbangannya hanyalah sekadar rentak sumbang. Penjilat di JASA dapat, bekas polis rasuah berjambang yang tak memenuhi kriteria pun dapat penganugerahan. Semua orang tau diorang ni orang politik. Jadi dimana darurat politiknya ni Din?

Dalam pada darurat tu Din, ada pulak menantu orang tu kan Din dapat prujik 1 Biliyun! Cek la kat Google Din menantu siapa tu.

Gini la Din, dulu orang suka kau, pasal nampak macam nak bela rakyat. Siap mengepalai umat Islam membaca doa masa pandemik ni menyerang awal dulu.

Tapi sekarang ni Din orang naik menyampah dah. Bantuan pun macam nak tak nak je bagi. Syarat ketat macam jadah.

Takpalah Din, nak marah-marah pun tak guna.

Aku doakan semoga ada stesen TV terbuka hatinya untuk belanja kau 1 channel buat perutusan khas tiap-tiap hari.

Ok Din, gerak lu, papehal jangan roger, tapi buat perutusan khas. –FB