Datuk Red cari kerja selepas 5 tahun disahkan muflis, akui hidup ditanggung Adira

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Usahawan Datuk Seri Adnan Abu, yang juga suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, mengungkapkan tekadnya untuk mencari pekerjaan baru

Demi menampung kehidupannya dan keluarga selepas lima tahun tanpa pendapatan tetap.

Menurut laporan mStar Online, Adnan, yang lebih dikenali sebagai Datuk Red, menyatakan bahawa beliau tidak memiliki pekerjaan

Datuk Red cari kerja selepas 5 tahun disahkan muflis, akui hidup ditanggung Adira

Dan terpaksa bergantung kepada belas ihsan Adira sejak diisytiharkan bankrap pada tahun 2019.

Sebelum ini, Datuk Red telah berkongsi video di akaun TikTok, menerangkan usahanya dalam mencari pekerjaan dan meminta bantuan mana-mana pihak yang bersedia membantu.

“Beginilah kehidupan, saya sedang berusaha mencari pekerjaan. Saya telah diisytiharkan bankrap sejak 2019. Selagi saya tidak berusaha, selagi itu saya tidak akan tahu.”

“Berani saya berkongsi usaha mencari kerja di TikTok. Malu itu di belakang kira. Saya tidak boleh duduk diam dan biarkan orang lain tanggung saya. Saya tidak kisah apa pekerjaan yang saya dapat, yang penting halal,” katanya.

Datuk Red juga menyatakan bahawa selama lima tahun ini, beliau telah melakukan pelbagai usaha untuk mencari pekerjaan tetap, namun tidak membuahkan hasil.

“Saya mempunyai hutang yang terlalu banyak… berjuta-juta ringgit. Ada yang mencadangkan saya menjadi pemandu e-hailing, tetapi itu hanya sementara. Saya juga cuba menjadi ejen-ejen baju Melayu tetapi tiada yang memberi respons. Nyawa saya sudah tidak lama, saya tidak mahu meninggal dunia dalam keadaan berhutang.”

Bagaimanapun, Datuk Red mengakui bahawa dia pernah terfikir untuk mengakhiri hidupnya, tetapi bersyukur masih memikirkan tentang anak-anak dan agamanya.

Beliau turut menyatakan rasa syukurnya kepada Adira kerana banyak membantu dalam hal rumah tangga, sambil berharap agar orang ramai tidak menyalahkan isteri-isterinya.

“Sehingga kini, Adira banyak membantu saya. Saya berharap kisah saya ini tidak dikaitkan dengan beliau. Dia juga manusia biasa yang mempunyai kehendaknya sendiri. Sudah lima tahun dia (Adira) menanggung hidup kita,” katanya.

BACA: Jam 1.30 pagi gigih cari rezeki, usaha pemuda jual burger dari meja ke meja dipuji netizen