Siapa yang suka makan buah atau ‘hantu’ buah, pastinya akan mencuba sesuatu jenis buah walaupun sekali seumur hidup.
Buah durian belanda mungkin tidak begitu dikenali di Malaysia khususnya anak muda, tetapi jika anda cuba sekali, pasti nak lagi
kerana rasanya yang masam – masam manis membuatkan kita teruja untuk menikmati kelazatan buah itu.
Selain buahnya yang enak dimakan begitu sahaja, buah ini juga sedap dijadikan jus kerana rasa manis aslinya dan lemak berkrim cukup menyegarkan. Jika dahulu buah ini dibiarkan masak diatas pokok dan busuk begitu tetapi tidak hari ini.
Durian belanda atau nama saintifiknya Annona Muricata kini menjadi pilihan ramai untuk menanamnya disebabkan khasiatnya yang begitu banyak.
Antaranya ialah daun durian belanda mempunyai pelbagai khasiat dan menjadi penawar untuk beberapa jenis penyakit.
Perkongsian ini dikongsikan individu di laman Facebooknya untuk panduan bersama.
1. Mencegah kanser
– 10 helai daun durian belanda direbus dengan tiga gelas air putih. Biarkan air itu berkurang menjadi satu gelas sahaja.
– Minum air yang dimasak tadi sebanyak dua kali sehari. Amalkan secara berterusan selama dua minggu atau sehingga kanser semakin sembuh.
2. Merawat sakit pinggang
– Rebus 20 helai daun dengan sukatan lima gelas air hingga mendidih. Biarkan ia berkurang sehingga menjadi sekitar tiga gelas air sahaja.
– Minum dan amalkannya sehingga sakit itu sembuh.
3. Menguatkan sistem imun
– Ambil lima helai daun durian belanda, kemudian rebus dengan sukatan empat gelas air. Biarkan mendidih dan biarkan sehingga menjadi satu gelas. Amalkan minum sekali dalam sehari.
4. Menurunkan tekanan darah tinggi
– Darah tinggi akan mengundang penyakit strok. Penyakit strok adalah gangguan fungsi otak akibat aliran darah ke dalam otak mengalami gangguan atau berkurang.
– Sekiranya anda menghidap tanda-tanda penyakit tersebut, segeralah minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah.
5. Mengubati sakit daraf
– Rebus 10 helai daun durian belanda yang tua, tetapi warnanya masih hijau pekat dan sihat.
– Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan sukatan dua gelas air, masak hingga mendidih dan biarkan menjadi segelas. Amalkan minum dua kali sehari, pagi dan petang.
Baca :9 jenis ‘kenangan’ yang perlu anda lupuskan, elak jadi kemurungan