Daun kelor jadi pengganti makanan ayam

Daun kelor jadi pengganti makanan ayam

Daun kelor jadi pengganti makanan ayam. Permintaan yang tinggi terhadap haiwan ternakan terutamanya ayam telah mendorong kepada penggunaan lebih banyak tanaman konvensional sebagai bahan makanan haiwan.

Fenomena itu juga secara tidak langsung menyebabkan pengurangan ketara bekalan tanaman bijirin serta harga yang semakin meningkat bukan sahaja menekan penternak, malah pengguna turut terkena tempias yang sama.

Oleh itu, Penyelidik Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Ahmad Faizal Abdull Razis mencari alternatif baharu bagi menggantikan sumber makanan ternakan berkenaan supaya peningkatan harga makanan berkenaan tidak berlanjutan.

Penemuan penyelidikan itu mendapati tumbuhan dikenali sebagai Daun Kelor mempunyai potensi dijadikan sumber makanan ternakan.

Kata Dr. Ahmad Faizal, daun kelor atau nama saintifiknya Moringa Oleifera merupakan spesies pohon ‘ajaib’ yang kaya dengan nutrien serta khasiat untuk memenuhi keperluan haiwan ternakan.

Daun kelor jadi pengganti makanan ayam daun sup daun bawang daun kesum daun kunyit daun sanna daun semambu daun salam daun kari daun bidara daun ketapang

“Tumbuhan ini didapati mempunyai nilai protein yang tinggi dan kesan pemakanan yang baik.

“Sebagai sumber protein yang baharu, Moringa Oleifera berpotensi besar dalam mengurangkan krisis makanan ayam berasaskan protein,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain itu, kajian lanjut turut mendapati tumbuhan berkenaan mengandungi komposisi protein yang lebih tinggi berbanding jagung dan kacang soya dengan jumlah protein sekitar 30 peratus berbanding 5.5 peratus sahaja dalam kacang soya.

Bekalan terjamin

Daun Kelor sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat desa terutamanya kaum India.

Sejak dahulu lagi, biji tumbuhan berkenaan digunakan sebagai bahan dalam penyediaan juadah kari dan daunnya juga sering digunakan sebagai sayur.

Ia sememangnya mudah didapati di kawasan-kawasan kampung dan tumbuh dengan mudah.

“Tumbuhan ini mudah tumbuh, campak biji pun sudah tumbuh dan ia ada banyak di kampung-kampung terutamanya di sebelah Pantai Timur.

“Ia ada banyak di Pahang dan merupakan sejenis tumbuhan berbatang, berbiji dan berbunga dan sering dimakan oleh penduduk kampung sebagai sayur,” jelasnya.

Oleh itu, ia berpotensi dikomersialkan sebagai alternatif makanan ternakan menggantikan sumber makanan import memandangkan ia tumbuh dengan banyak dan mudah di kebanyakan kawasan.

“Tumbuhan ini sesuai dikomersialkan sebagai makanan masa hadapan haiwan ternakan kerana ia mudah didapati oleh itu, harganya juga akan lebih berpatutan.

“Cirinya yang mudah tumbuh juga menjadikan ia sangat sesuai dipilih menjadi sumber alternatif dalam industri ternakan haiwan,” katanya lagi yang menambah penyelidikan itu mendapat geran sekitar RM300,000 daripada pelbagai agensi penyelidikan.

Kesihatan

Tumbuhan itu juga kaya dengan gabungan nutrisi, asid amino, antioksidan dan anti radang yang bersesuaian dalam pemakanan serta penyembuhan.

Oleh itu, pengkomersialan daun berkenaan bukan sahaja dilihat dapat membantu dalam mengurangkan krisis makanan ternakan, namun juga mampu berfungsi sebagai makanan tambahan kesihatan bagi manusia.

Untuk rekod, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga sudah mempromosikan moringa sebagai alternatif kepada bekalan makanan yang diimport untuk merawat malnutrisi.

Malah, ia juga telah banyak diinovasi menjadi makanan tambahan kesihatan dalam bentuk kapsul untuk menambahkan zat dalam badan.

Di samping itu, daun kelor juga boleh mencegah kanser serta membunuh sel kanser prostate mahupun kanser usus.

“Penyelidikan juga mendapati ia bagus untuk sel-sel otak, jantung serta sangat berkesan untuk merawat masalah berkaitan orang tua,” katanya.

BACA:

Wany Hasrita selamat diijabkabul dengan Mohd Al-Adib

“Halal ke”? Netizen pelik Nora Danish selamba je makan dalam restoran Gordan Ramsey

Cara si ayah nyanyi lagu rock pujuk baby menangis buat ramai terpegun, “boleh buat konsert!”

CATEGORIES