Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar), beliau menyambut baik langkah yang diumumkan kerajaan
Melalui pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada 18 Oktober lalu.
Katanya, Putrajaya perlu mempertimbangkan cadangan untuk mempunyai undang-undang
yang akan menguatkuasakan kenaikan berkala dalam jumlah bantuan sosial kepada golongan miskin.
“Jika boleh, masukkan melalui pindaan undang-undang supaya peningkatan (jumlah bantuan) itu dapat dibuat secara berkala dan tetap.
“Sebagai contoh, kita boleh mengikuti kadar inflasi negara secara tahunan, atau setiap tiga tahun, supaya kita tidak perlu menunggu pengumuman sebegini dibuat melalui setiap belanjawan.
“Jika kita dapat lakukan perkara ini, YAB Perdana Menteri, anda sudah menginstitusikan perubahan dengan berkesan. Ini kerana pada masa akan datang, ia tidak perlu lagi bergantung kepada kemahuan atau iltizam politik (semasa) jika kerajaan berubah,” katanya.
Syed Saddiq, yang juga bekas menteri dalam kabinet PH, menyampaikan cadangan tersebut semasa sesi Waktu Soalan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Semasa membentangkan Belanjawan 2025 pada Jumaat lalu, Anwar Ibrahim mengumumkan rancangan kerajaan untuk meningkatkan jumlah bantuan kewangan bagi golongan miskin.
Anwar, yang juga menteri kewangan, memberitahu bahawa kerajaan memberikan peningkatan tertinggi untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) pada tahun 2025, iaitu RM13 bilion berbanding RM10 bilion tahun ini.
Katanya, peningkatan tersebut memberi manfaat kepada sembilan juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa negara.
Saranan Syed Saddiq itu kemudian mendapat reaksi positif daripada Anwar.
BACA: Bidang tak ramai Melayu ceburi, lelaki ini raih pendapatan lumayan daripada minyak masak terpakai