Demi kuasa, pengkhianat dalam Bersatu sanggup langgar apa saja

Demi kuasa, pengkhianat dalam Bersatu sanggup langgar apa saja

Akhirnya terdedah juga, bagaimana demi politik, tiada batas yang tidak sanggup diredah pengkhianat di dalam parti Bersatu ini.

Bak pepatah Inggeris, “the ends justifies the means” bagi puak-puak ini jika ianya “in the scheme of things”.

Taqwa dan ibadah hanya hijab bagi mengaburi mata rakyat akan kerakusan mereka merampas kuasa memerintah.

Jika akhirnya, mereka dapat bertakhta, apa kisah bagaimana mereka mencapai matlamat tersebut.

Walaupun perbuatan menawar jawatan dan pangkat kepada pihak yang tak layak semata-mata untuk mendapatkan sokongan politik merupakan suatu perbuatan rasuah dari segi undang-undang, tetapi jika akhirnya Melayu bertakhta, maka ianya dilhalalkan.

Walaupun terpaksa mengikut telunjuk pihak-pihak yang dituduh merompak khazanah negara, tetapi demi “penyatuan Melayu” di bawah telunjuk PN, bersekongkol dengan perompak itu dihalalkan.

Sememangnya di dalam keadaan begini, kita tidak patut hairan jika perbuatan rasuah itu dilepaskan tanpa penyiasatan atau tindakan sewajarnya diambil. Apatah lagi bagi pemimpin terbabit meletak jawatan kerana terpalit rasuah seperti beberapa pemimpin luar negara.

Seharusnya, kita mesti jangkakan bahawa perompak-perompak khazanah negara yang menghadapi pertuduhan di mahkamah tidak akan dihukum semata-mata kerana ianya “in the scheme of things”.

Lagipun lihat saja apabila puak ini melanggar PKP, bagaimana hukuman lebih ringan dikenakan ke atas mereka sementara rakyat marhaen dihukum seberat-beratnya atas perbuatan yang tidak setimpal.

Dan jika anda UMNO, jangan terperanjat jika suatu hari nanti, kerjasama di bawah naungan PN juga dikorbankan “in the scheme of things”.

Saya rasa puak pengkhianat ini patut ada cogankata baru – Apa Saja Untuk Ku! .

“Apa Saja Untuk Ku” apabila “in the scheme of things” menjadi norma baru pasca CoViD-19 dan pasca Sheraton.

Tariq Ismail
Ahli 0051
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Sumber: