Dengan hanya bernyanyi depan pintu mall, dua-beradik raih pendapatan RM12000 sebulan

Oleh ISMAIL YAHYA

“Dua beradik ini meraih sumbangan antara RM300 sehingga RM600 setiap hari dengan bernyanyi pelbagai jenis lagu termasuk lagu 80-an dan berada di lokasi sehingga pukul 3 pagi,”

Dua beradik berusia 13 dan 15 tahun telah diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri setelah ditemui mengutip sumbangan berjumlah RM12,000 sebulan

Dengan menyanyi di sebuah pusat beli-belah di Banda Hilir di sini, tengah malam tadi.

Dengan hanya bernyanyi depan pintu mall, dua-beradik raih pendapatan RM12000 sebulan

Dalam operasi pada kira-kira pukul 12 tengah malam itu, kedua-dua mereka telah diselamatkan.

Ketika operasi berlangsung, ibu kanak-kanak tersebut, yang berusia 40-an, muncul kira-kira lima minit kemudian selepas melihat anaknya disoal siasat.

Beliau mendakwa bahawa anak-anaknya hanya membantunya mencari pendapatan untuk keluarga.

Pengarah JKM Melaka, Zulkifli Hanifah, mengatakan bahawa hasil siasatan awal menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut telah melakukan aktiviti berkenaan sejak empat tahun lalu.

Mereka akan berada di lokasi pada setiap hari bermula pukul 8.30 malam sehingga 3 pagi, dan mereka meraih sumbangan dari orang ramai dengan jumlah kutipan sehingga RM600.

Zulkifli berkata bahawa ibu kanak-kanak tersebut adalah penerima bantuan bulanan JKM dan dua anaknya masih bersekolah. Beliau menegaskan bahawa tindakan pengawasan akan diambil terhadap dua beradik ini.

Bagaimanapun, jika diperlukan, mereka akan ditempatkan di rumah kebajikan untuk menjalani kehidupan normal.

Sebanyak enam individu lain juga diselamatkan oleh JKM negeri dalam operasi tersebut, termasuk seorang remaja bawah umur dan lima gelandangan yang ditemui mengemis di kawasan tumpuan ramai.

BACA: “Mengigil badan bila tahu kisah silam isteri, saya akan ceraikan lepas dia bersalin, saya akan ambil anak supaya anak tak ikut perangai mak dia”