“Depa toreh bag dengan pisau”, pemuda ini kongsi macam mana nak kenal ‘scammer’ di Mekah. Melawat ke Tanah Suci Mekah dan Madinah adalah impian semua umat Islam.
Datang ke Tanah Suci sama ada dengan untuk melakukan ziarah atau ibadah adalah satu peluang yang semua nantikan.
Jika kita membayangkan bahawa di Tanah Suci itu semuanya baik-baik, ketahuilah tanggapan anda semua itu salah.
Bukan hanya di Malaysia sahaja ada scammer, malah di sana juga terdapatnya golongan penipu ini, bezanya sama ada cara yang kita terkana secara halus atau pun kasar.
Seorang pengguna Facebook, Azrul Zabani yang menguruskan agensi Umrah KhadamHaramain Travel & Tour berkongsi cara-cara golongan scammer ini menjalankan operasi.
A. Cara kasar
Azrul kongsikan lima cara kasar yang akan mereka lakukan. Antaranya, beg ditoreh semasa sedang melakukan tawaf atau saie atau pun diiring dengan bayaran oleh orang Indonesia untuk mencium Hajarul Aswad, namun setelah dibayar ditinggalkan separuh jalan.
Walaupun kadang-kadang menggunakan cara kasar, ada kalanya kepadatan jemaah di sana menyebabkan kita tidak perasan ianya berlaku.
Ada juga yang menjadikan mak cik-mak cik tua sebagai target mereka ketika membeli. Contohnya, warna mata wang 10 Riyal dengan 100 Riyal yang sama berwarna merah selalu menjadikan kesempatan mereka menipu.
B. Cara halus
Cara ini lebih kepada bermain dengan psikologi jemaah. Sebagai contoh, peminta sedekah di sana lebih menyasarkan jemaah dari Asia seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei kerana tahu mereka lebih bermurah hati dan mudah kasihan.
Akibat daripada ditipu di Tanah Suci, ianya akan memberikan kesan kepada jemaah yang langsung tidak bersedia dengan situasi-situasi ini.
Antaranya fokus untuk beribadah akan hilang, hilang pertimbangan dan mula was-was dengan keadaan sekeliling.
Bukannya mahu menakutkan, sebaliknya memberi peringatan agar kita semua lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling dan juga terhadap golongan masyarakat yang sentiasa bersedia mahu mengambil kesempatan atas kebaikan kita.
Moga kita sentiasa beringat dan saling mengingatkan antara satu sama lain supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Selamat menunaikan ibadah.
BACA:
Confirm jadi! Ini cara cari mesej Whatsapp guna tarikh di iPhone yang ramai tak tahu