Deposit emas lebih 1000 tan bernilai RM371 bilion ditemui

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Deposit emas dengan anggaran rizab melebihi 1,000 tan, bernilai lebih $83 bilion (~RM371 bilion),

Telah ditemui di selatan China, menurut laporan agensi berita Xinhua semalam.

Biro Geologi Hunan mendedahkan bahawa para ahli geologi berjaya mengesan lebih 40 serpihan emas

pada kedalaman 2,000 meter di bawah permukaan lombong emas Wangu, yang terletak di daerah Pingjiang.

Pada kedalaman lebih jauh, iaitu 3,000 meter, kawasan tersebut dianggarkan menyimpan lebih daripada 1,000 tan emas.

Deposit emas lebih 1000 tan bernilai RM371 bilion ditemui

“Banyak teras batu yang digerudi menunjukkan terdapat emas,” kata Chen Rulin, seorang pakar bijih dari biro tersebut.

Chen menjelaskan bahawa satu tan bijih pada kedalaman 2,000 meter mampu mengandungi sehingga 138 gram emas, menandakan potensi besar kawasan itu sebagai sumber emas yang signifikan.

Penemuan ini dimungkinkan melalui penggunaan teknologi canggih seperti pemodelan geologi 3D, yang mempermudah pengesanan sumber bijih di kawasan tersebut.

Penemuan besar ini berlaku pada waktu yang sangat strategik, ketika harga emas berada pada paras tertinggi berikutan ketidakstabilan global, sementara mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) semakin melemah.

China, yang merupakan pengeluar emas terbesar dunia dan menyumbang sekitar 10% daripada pengeluaran global pada 2023 menurut data Majlis Emas Dunia, dijangka mendapat manfaat ekonomi besar hasil daripada penemuan ini.

BACA: Pelajar jadikan guru wanita bahan fantasi dalam bilik air terseksa sampai ini berlaku