‘Detektif Lingam’ kini buka kedai makan, teringat zaman gerak khas

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Usia tidak menghalang pelakon yang cergas seperti Deen Maidin untuk terus aktif dalam pelbagai aktiviti.

Selain daripada lakonan, Deen, yang berusia 55 tahun atau nama sebenarnya Shamsuddin Maidin yang dikenali dengan

watak Detektif Lingam dalam drama bersiri Gerak Khas, juga aktif dalam perniagaan.

Bagi Deen, perniagaan bukanlah perkara asing. Beliau kini telah membuka gerai makan bernama Dapur Gerak Khas di Medan Selera Taman Kosas, Ampang,

sejak 19 September yang lalu. Gerai ini menyediakan pelbagai hidangan termasuk yong tau foo dan menu-menu lain.

'Detektif Lingam' kini buka kedai makan, teringat zaman gerak khas

“Dapur Gerak Khas adalah persediaan awal bagi saya untuk mencari rezeki selepas saya bersara tidak lama lagi. Saya telah berniaga sejak tujuh tahun lalu dengan menjual lemang Gerak Khas yang mendapat sambutan hangat. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya menjual lemang dan kambing bakar,” katanya.

Deen juga menjelaskan bahawa beliau tidak asing dalam dunia perniagaan sebelum terlibat dalam industri filem. Beliau pernah berniaga yong tau foo bersama bapanya di pasar malam sekitar Ampang, Lembah Jaya, Cheras, Setapak, dan Kajang.

“Dalam Dapur Gerak Khas, saya dibantu oleh tiga anak saya iaitu Umar Farouq, 30 tahun, Umeir Fazeel, 25 tahun, dan Umairah Fairuz, 20 tahun. Mereka turut membantu dalam pelbagai aspek perniagaan,” tambahnya.

Mengenai penggunaan nama Gerak Khas untuk gerainya, Deen menjelaskan bahawa beliau telah mendapat kebenaran daripada Datuk Yusof Haslam, pengasas filem Gerak Khas.

“Saya selalu berinteraksi dengan Yusof dan dia pesan agar saya jaga kualiti kerana Gerak Khas adalah sebuah nama besar.

Saya pastikan beliau mencuba produk saya terlebih dahulu sebelum saya jual kepada pelanggan. Kualiti adalah yang utama,” jelas Deen.

Walaupun sibuk dengan perniagaan, Deen tetap terbuka untuk menerima tawaran lakonan kerana lakonan telah menjadi sebahagian daripada dirinya

BACA: Balik rumah mertua suami suka buat saya macam bibik untuk happykn dan puaskan hati mak dia