Di negara ini wanita berniqab ditempat awam berisiko didenda RM4000

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Di Malaysia, kita sering melihat wanita yang mengenakan purdah di tempat awam seperti pusat beli-belah dan dalam pengangkutan awam.

Wanita di sini bebas untuk memakai apa sahaja yang mereka suka,

Dan ini adalah satu keistimewaan hidup dalam negara yang berbilang bangsa dan budaya.

Namun, baru-baru ini, situasi berbeza berlaku di sebuah negara Eropah yang telah mengambil langkah

yang mungkin akan mendapat pelbagai reaksi daripada penduduk di sana.

Di negara ini wanita berniqab ditempat awam berisiko didenda RM4000

Kerajaan Switzerland merancang untuk mengenakan denda sebanyak 900 pound (RM4,677) kepada sesiapa yang memakai niqab, di bawah undang-undang larangan burqa.

Menurut Utusan Malaysia, kerajaan di sana telah mengemukakan draf undang-undang ini ke Parlimen dan keputusan akan diumumkan tidak lama lagi.

Draf tersebut juga merangkumi beberapa pengecualian, seperti cadangan untuk memansuhkan larangan di pesawat, premis diplomatik, dan tempat ibadah.

Selain itu, pemakaian niqab atas faktor kesihatan, keselamatan, keadaan iklim, dan adat tempatan akan tetap dibenarkan. Pengecualian juga diberikan kepada persembahan seni dan pengiklanan yang memerlukan pemakaian niqab.

Meskipun cadangan denda ini tidak menyebut wanita Islam secara langsung, ahli politik tempatan dan media di sana merujuk kepada larangan ini sebagai ‘larangan burqa’.

Sebelum ini, Switzerland telah memperoleh kemenangan tipis dalam undian untuk cadangan melarang penutupan wajah seperti burqa dan niqab dengan margin 51.2 berbalas 48.8.

Langkah ini telah ditentang oleh kebanyakan wanita Muslimah yang menganggapnya sebagai satu gerakan diskriminasi dan islamofobia. Umat Islam di Switzerland merangkumi 5 peratus daripada populasi negara tersebut, yang berjumlah 8.6 juta orang, kebanyakannya berasal dari Turki, Bosnia, dan Kosovo.

BACA: Lelaki ini kena masuk penjara semula selepas 14 hari bebas, ini kesalahan yang dia buat