“Dia buli saya, hina saya, kata-katanya tergiang-ngiang di telinga,” punca bos ditikam hingga mati oleh pekerja

Oleh NADIA HARON

“Dia buli saya, hina saya, kata-katanya tergiang-ngiang di telinga,” punca bos ditikam hingga mati oleh pekerja.

Seorang pengawal keselamatan  menikam ketuanya hingga mati kerana mangsa memaksa dia bekerja terlalu lama dan sering mengeluarkan kata-kata kesat terhadap dirinya, lapor akhbar Metro UK semalam.

Sawat Sriratchalao, 44, ditahan kerana dituduh menikam Arom Bunnan, 56 menggunakan sebilah pisau sepanjang 33 sentimeter.

Dia mengaku merancang serangan itu di pusat bandar Bangkok kerana sering dibuli oleh mangsa.

"Dia buli saya, hina saya, kata-katanya tergiang-ngiang di telinga," punca bos ditikam hingga mati oleh pekerja

“Saya telah lama berasa marah dengan bos (mangsa). Ada masanya, saya tidak dapat tidur kerana amat tertekan memikirkan tentang dirinya.

“Dia membuli saya dan sering bercakap kasar dengan saya. Meskipun telah pulang ke rumah, kata-katanya masih tergiang-ngiang di telinga,” kata Sawat sejurus selepas ditahan polis.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa merayu kepada suspek agar tidak menikamnya di sebuah tempat letak kereta di Lumpini Park.

Suspek kemudian menikam pisau pada dada mangsa sebelum seorang pejalan kaki cuba menghentikan pergelutan itu.

Suspek kemudian melarikan diri menggunakan motosikal, manakala mangsa rebah akibat ditikam. Dia dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat tikaman pada dada kirinya.

Sriratchalao berdepan hukuman penjara 20 tahun jika didapati bersalah

BACA:

Confirm jadi! Ini cara cari mesej Whatsapp guna tarikh di iPhone yang ramai tak tahu

Suka hati tebang pokok mempelam guru, MPK diarah bayar RM40,000