“Dia siap ‘update’ nikmatnya berzina, bila aku minta cerai suami tolak, alasan dia…”

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Bila usia perkahwinan melebihi 10 tahun maka mulalah individu yang cuba ‘test’ pasaran diri kepada orang luar.

Lebih menyedihkan mereka ini lebih memikirkan nafsu sendiri berbanding anak-anak dan pasangan.

Menerusi IIUMC, seorang wanita terkedu dengan sikap suami yang bukan sahaja curang malah juga menyukai kaum sendiri hingga dirinya terkena penyakit kelamin.

Saya sudah berkahwin hampir 12 tahun. Suami saya dulu seorang duda anak tiga. Masa kami berkahwin anak-anak masih kecil lagi.

Pelbagai halangan dan rintangan yang saya lalui termasuk campur tangan bekas isteri dan saya juga telah melalui semua fasa kecurangan suami dengan bekas isteri selama bertahun-tahun.

"Dia siap ‘update’ nikmatnya berzina, bila aku minta cerai suami tolak, alasan dia…”

Hingga akhirnya selepas beberapa tahun barulah saya dan suami mula mencipta bahagia dalam rumahtangga..

Sepanjang perkahwinan saya lah yang menanggung segala keperluan hidup. Sebab saya bekerja dan bergaji tetap.

Sedangkan suami tidak mempunyai pendapatan tetap. Tak pernah beri nafkah. Sayalah mengurus segalanya.

Hasil perkahwinan saya dikurniakan seorang anak dan suami adalah bapa yang sangat baik dengan anak. Dari lahir hingga besar semua hasil tangan dia menjaga anak.

Kerja rumah pun dia banyak bantu dan dia tak kisah mengurus semuanya. Tugas saya lebih pada memasak dan melayan dia saja. Sebab tu saya tak berkira memberi lebih pada rumah tangga ni.

Kantoi bercinta dengan warga asing

11 tahun berlalu saya melihat suami mula berubah laku. Mula marah-marah. Walaupun dengan anak, dengan saya macam-macam hal dia lakukan. Marah herdik dan hina saya.

Memang suami sedang main cinta dengan perempuan warga asing. Saya sangat sedih masa tu. Dia pernah berjanji takkan ulangi lagi kesilapan dulu mengabaikan saya. Sungguh saya tak sangka.

Dalam saya menjaga keluarga berkorban seluruh jiwa dan raga untuk dia dan anak2. Sanggup dia langgar janji.

Dan yang paling menyakitkan dia membuat janji untuk berkahwin dengan perempuan itu. Saya tanya dia semudah tu awak merancang.. Dia tau ke semua tentang awak.

Saya tanya dia.. Adakah dia ingat saya masih lagi akan berkorban untuk dia kalau dia menikah lagi.

Mudah keduanya buat keputusan kan sebab saya ada jadi backup.. Tak perlu buat apa hanya berkasih sayang dan enjoy dengan kehidupan sedangkan saya bekerja keras untuk tanggung segala keperluan hidup.

Perempuan tu pun setiap masa buat provokasi di sosial media untuk sakitkan hati saya dan anak-anak.

Hampir setiap masa.. Sampaikan berzina pada malamnya pun nak update kepuasan pada paginya.. untuk bagi tahu betapa bahagianya dia.

Suami makin aktif dengan aktiviti songsang

Dia jadikan alasan ada perempuan lain untuk jerumuskan saya dalam dosa yang lebih teruk, tiba-tiba suami makin aktif dengan aktiviti songsang.

Saya beberapa kali terpaksa mengambil suntikan akibat terkena penyakit kelamin. Yang lebih parah, saya dijadikan pemuas nafsu atau upah kepada pasangan gay selepas gilirannya habis. Trauma yang amat besar untuk saya..

Dia ugut saya kalau tak ikut dia akan kahwin dengan perempuan tu.. Ya waktu itu saya masih dalam keadaan tak tenang dan tak tau nak buat apa, saya terpaksa ikut..

Kemuncaknya bila dia mengajak saya untuk melakukan seks dengan lelaki lain.. Dia nak lihat lelaki lain melakukan hubungan seks dengan saya..

Dia dia juga mengajak saya untuk melakukan swing couple.. Melakukan hubungan seks dengan satu lagi pasangan.

Alhamdulillah.. saya sudah diberi kewarasan oleh Allah untuk tidak lagi mengikut. Jika dia nak kahwin.. Kahwin lah saya dah tak peduli.

Dia kata saya degil. Hanya perlu terima dia kahwin lagi dengan aman dan kami boleh hidup seperti sediakala.

Mungkin dia tak sedar saya berkorban selama ni sebab inilah keluarga saya. Suami tak puas hati bab ini.. Katanya dia hanya kahwin dan tiga hari saje bersama perempuan tu. 27 hari bersama saya.

Dia kata perepuan tu sanggup susah senang bersama. Susah yang macam mana yang dia sanggup.

Sanggup ke perlu keluar 3 perempat gaji setiap bulan untuk tanggung keluarga sedangkan perempuan tu juga ada anak untuk ditanggung di kampung.

Mampu ke untuk terima suami gay dan aktiviti seksual di luar rumah dan bawak penyakit balik ke rumah.. Masa bercinta ni semua menjadi rahsia. Suatu masa dia akan tau juga.

Saya tak akan pernah beritahu perempuan tu tentang semua keburukan suami sebab tu adalah aib dia.

Biarlah dia alami sendiri nanti dan mungki akan menjadi balasan padanya kerana mengganggu rumah tangga orang.

Baca juga: Sejak 2 bulan mak jaga anak aku, aku pelik setiap kali pukul 2 pagi anak aku makan mamak, akhirnya anak pecah rahsia