Diam-diam Afdhlin Shauki tamatkan zaman duda, pilih pengurus sebagai isteri

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Penerbit Datuk Afdlin Shauki mengesahkan sudah menamatkan zaman duda dengan pengurusnya yang dikenali sebagai Marcella.

Enggan mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka, Afdlin atau Afdlin Shauki Aksan, 52, sebaliknya memberitahu semua urusan perkahwinan mereka dipermudahkan.

“Iya saya sudah bernikah. Tak perlulah beritahu tarikhnya. Yang penting semua telah selamat.

Diam-diam Afdhlin Shauki tamatkan zaman duda, pilih pengurus sebagai isteri

Afdlin selesa untuk tidak terlalu berkongsi kisah perkahwinan.

“Semuanya berlaku dalam bulan Ogos lalu. Sebab itu saya pernah cakap bulan Ogos memberi makna buat saya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Tambah Afdlin dia juga tidak mahu terlalu terbuka bercakap soal perkahwinan sama seperti hubungan dengan bekas isteri sebelum ini iaitu Maria Christina Orow Abdullah.

Dalam masa sama anak-anak juga menerima baik kehadiran Marcella, 27, sebagai ibu tiri mereka.

“Saya memang tidak terbuka bercakap tentang isteri. Tetapi selepas ini tidak perlulah sorok lagi. Kalau nampak saya bersama wanita, itulah orangnya.

“Syukur kehidupan sekarang tenang sahaja. Isteri juga selalu berjumpa anak-anak dan kami makan tengah hari atau malam bersama,” ujarnya.

Afdlin bersama bekas isteri dan anak-anak.

Desas-desus Afdlin sudah bertemu pengganti sudah lama menjadi bualan ramai apabila dia memuat naik gambar berbuka puasa bersama seorang wanita pada Ramadan lalu.

Untuk rekod Afdlin dan Christina berkahwin pada 1997 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

BACA: “Ayah terpaksa jual kerepek nak sara anak-anak, 2 bulan mak lari rumah sebab ikut suami orang, suatu hari tiba-tiba dia balik rumah, rupanya benda ini dia cari”