Diana Amir dedah punca utama dia hijrah sampai pakai macam ni, “sebab ayah..”

Oleh GEMILANGDAILY

Diana Amir dedah punca utama dia hijrah sampai pakai macam ni, “sebab ayah..”Terdahulu, pelakon dan pengacara Diana Amir mendedahkan telah bersara daripada dunia seni sekaligus tidak akan muncul di kaca televisyen lagi ekoran ingin fokus memperbaiki diri

Meskipun ramai terkejut dengan perkhabaran tersebut, namun masing-masing hormat dengan tindakan selebriti wanita berkenaan.

Ayah tak pernah sokong kerjayanya sebagai pelakon

Berkongsi kisah hijrah kepada Neelofa menerusi sebuah program bual bicara,

Diana Amir dedah punca utama dia hijrah sampai pakai macam ni, "sebab ayah.."

Diana mendedahkan bahawa salah satu punca ingin kekal berhijab adalah disebabkan oleh orang tuanya.

Difahamkan, penglibatan dalam dunia lakonan pada awalnya tidak diketahui langsung oleh si ayah.

Malah sejak menceburkan diri dalam bidang seni, orang tuanya itu dikatakan tidak pernah menyokong kerjaya wanita tersebut.

Setiap orang ada kisah penghijrahan masing-masing

Lebih menyedihkan lagi, lelaki itu enggan bercakap langsung dengan aktres berkenaan walaupun mereka dikatakan sangat akrab sebelum ini.

Susulan dari kejadian itu, Diana nekad untuk berubah dan akhirnya hubungan yang retak sebelum ini sudah kembali pulih.

Bahkan dia akui sangat bersyukur dengan tindakan warga emas tersebut kerana menyedarkan dirinya bahawa kerjaya dipilih selama ini bukanlah yang terbaik di masa hadapan.

Tenang je tengok Diana sekarang…Fesyen pun simple je

Mengikuti perkembangan kisah selebriti ini sejak dulu, rata-rata netizen berasa sebak mendengar perkongsian tersebut.

Dalam pada itu, ramai yang berasa kagum serta memuji kesungguhan Diana untuk berhijrah ke arah lebih baik.

Malah masing-masing menitipkan doa agar selebriti berkenaan kekal istiqamah dengan perubahan tersebut.

BACA:

Pakcik sedekah 2 mesin dialisis harga RM80k, rupanya dia baru lepas ‘jackpot’ 6 angka!

Ira Kazar buat hal lagi, kali ini didakwa cuba tiru fesyen madunya pula