Diana Rafar tak sangka dapat cium Hajar Aswad tanpa perlu bersesak-sesak

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Pelakon dan penyanyi, Diana Rafar, meluahkan rasa syukur apabila anak-anaknya berkelakuan baik sepanjang menunaikan umrah di tanah suci Mekah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Diana, atau nama penuhnya Adiana Abdul Rafar, di Insta-story,

Dia menganggap keberadaan anak-anaknya semasa mengerjakan umrah sebagai satu nikmat yang sangat besar.

“Ya Allah syukur, anak-anak tak meragam. Paling takut bila dengar orang kata dan menakutkan jangan bawa anak.

Tapi Allah Maha Berkuasa, yakin dengan Allah. Anak rahmat tumpang rezeki mereka umrah kami dipermudahkan

Diana Rafar tak sangka dapat cium Hajar Aswad tanpa perlu bersesak-sesak

. Nikmat yang tak terhingga,” tulisnya.

Isteri kepada aktor Zamarul Hisham itu turut berkongsi pengalaman manis apabila salah seorang askar membawanya mengelilingi Kaabah, dan diberi peluang untuk mencium Hajar Aswad.

Diana yakin dan percaya bahawa berkat doa anak-anaknya telah memudahkan urusan ibadah sunat tersebut.

“Masa Diana bawa mereka depan Kaabah, Diana cakap doakan mama ya. Mama nak cium Kaabah, tunggu kat sini jangan pergi mana-mana. Sekali Allah bawa, Diana tak sedar Diana ada di Hijir Ismail ke Batu Yamani. Terus bawa ke Hajar Aswad dan cium dengan tenang tanpa ada sesiapa tolak.

“Dan balik ke anak-anak dalam keadaan menggigil, cakap dengan mereka terima kasih doakan mama, mama dapat semua penjuru Kaabah.

Tiba ada polis yang baik hati bawa mama. Diana yakin itu doa anak, Allah hantar polis (askar) tu untuk Diana keliling Kaabah, syukur Tuhan ku,” tambahnya lagi.

BACA: 6 angka pelarian Rohingya dijangka masuk Malaysia, apa respon kerajaan?