Dianiaya batal order last minit, netizen serang resort ‘berjemaah’ di google review

Dianiaya batal order last minit, netizen serang resort ‘berjemaah’ di google review. Pastinya anda akan merancang percutian sebaik-baiknya dari segi pengangkutan, destinasi dan juga tempat penginapan agar tidak perlu kelam kabut serta dapat rancang budget yang diperlukan. Malah, membuat tempahan awal untuk penginapan akan memberikan anda ‘deals’ terbaik.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @zufulaifaikhafha telah berkongsi sebuah video menunjukkan rasa tidak puas hatinya apabila penginapannya yang telah ditempah lebih awal di Johor telah diberikan kepada orang lain oleh pihak pihak penginapan pada saat akhir.

Menerusi video tersebut, wanita terbabit bersama ahli keluarganya telah tiba ke tempat penginapan dan tergamam apabila 6 bilik yang ditempahnya telah dibatalkan oleh pihak penginapan tanpa memaklumkan lebih awal.

Lantaran itu, wanita itu telah membuat laporan polis diatas kerugian yang telah dialaminya dan mahu menyaman pihak penginapan terbabit. Difahamkan, pihak polis menyarankan agar wanita itu tidak menerima ‘refund’ yang mahu diberikan oleh pemilik penginapan tersebut kerana tindakan itu akan menunjukkan wanita itu bersetuju dengan pembatalan penginapan itu.

Simpati dengan situasi yang diterima wanita ini sekeluarga, netizen bertindak untuk meninggalkan ‘rating’ dan ‘review’ di Google Review berkaitan penginapan tersebut sehingga rating turun menjadi 1.0 sahaja.

Dianiaya batal order last minit, netizen serang resort 'berjemaah' di google review

Akan tetapi, pihak pengurusan penginapan terbabit gigih untuk memadamkan komen-komen negatif yang telah ditinggalkan oleh netizen untuk menaikan semula rating mereka.

BACA:

Senarai jemputan khas ke majlis pengebumian Ratu Elizabeth II tarik perhatian dunia

Kecewa kena tukar kelas, guru masuk peluntur dalam makanan pelajar

Senarai harta 15 orang paling kaya di Malaysia, nombor 13 tu dasyat habis