Didakwa seleweng dana projek Jana Wibawa, ini respon Wan Saiful Wan Jan

Oleh GEMILANGDAILY

Didakwa seleweng dana projek Jana Wibawa, ini respon Wan Saiful Wan Jan. Ketua Penerangan Bersatu,

Wan Saiful Wan Jan yakin dapat membuktikan di mahkamah beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan selepas dituduh menerima rasuah hampir RM7 juta berhubung program Jana Wibawa.

Wan Saiful berkata, beliau percaya proses yang akan berjalan di mahkamah adalah adil dan atas sebab itu mahu kesnya dibicarakan.

Didakwa seleweng dana projek Jana Wibawa, ini respon Wan Saiful Wan Jan

“Saya ada satu pasukan peguam bela yang kukuh dan akan dapat buktikan pertuduhan dikenakan terhadap saya ini tidak sepatutnya berlaku.

“Saya akan pastikan kebebasan di mahkamah dan buktikan tidak lakukan apa-apa kesalahan,” katanya kepada media selepas membayar ikat jamin di mahkamah.

Terdahulu, Wan Saiful minta dibicarakan selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menerima rasuah hampir RM7 juta berkaitan inisiatif Jana Wibawa.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor juga dituduh meminta suapan melibatkan projek bernilai RM232 juta berkait inisiatif berkenaan.

Wan Saiful dibenarkan ikat jamin RM400,000. Beliau berdepan hukuman penjara 20 tahun dan denda minimum RM10,000, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Wan Saiful yang kesal dengan tuduhan dihadapinya itu berkata, kerajaan seharusnya fokus kepada kebajikan rakyat.

Beliau percaya pertuduhan terhadapnya itu hanya untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalan kerajaan.

“Kerajaan patut fokus kebajikan rakyat, kos sara hidup dan keperluan asas yang naik melambung.

“(Kerajaan juga patut fokus) tuntutan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar yang hari-hari disuarakan di banyak peringkat,” katanya.

Wan Saiful juga berterima kasih kepada pimpinan Bersatu yang hadir ke mahkamah memberi sokongan terhadapnya.

BACA:

Penolakan dalaman parti punca rahsia Wan Saiful terbongkar jadi punca dia didakwa hari ini

Berpakaian ketat dan merangsang nafsu lelaki akan didenda di Terengganu?