Seorang jurusolek meluahkan rasa terkilan dengan sikap seorang pengantin yang dianggap sengaja “menabur pasir ke dalam periuk nasinya”.
Menurut perkongsian yang tular di media sosial, pada mulanya pengantin tersebut menyatakan dia “okey” dengan hasil solekan yang diberikan.
Namun, secara tiba-tiba pengantin yang mengadakan perkahwinannya pada 26 Oktober lalu memuat naik status
mengatakan bahawa dia telah menukar kepada jurusolek lain kerana hasil kerja jurusolek asal dikatakan comot dan tidak kemas.
Dia juga mendakwa lebih berpuas hati selepas menggunakan khidmat jurusolek lain.
Apa yang benar-benar membuatkan jurusolek asal ini terkilan adalah selain memburukkan hasil kerjanya, pengantin tersebut juga menghasut orang ramai agar tidak menggunakan perkhidmatannya lagi.
Perkongsian ini tular di platform X dan mendapat 3.1 ribu perkongsian dalam masa 13 jam. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen membandingkan hasil solekan baharu dengan yang asal, dan kebanyakannya lebih berpihak kepada hasil asal.
Ramai yang mengecam tindakan pengantin tersebut yang dikatakan sengaja mengganggu rezeki orang lain hanya kerana hasilnya tidak menepati citarasanya.