Didesak peminat ulas penceraian fattah amin, sekali respon Madammu buat netizen sentap

Oleh ISMAIL YAHYA

Usahawan dan pengasas produk kecantikan, Madammu baru-baru ini tampil bersuara semasa siaran langsung di TikTok.

Dia menegur netizen yang mendesaknya untuk memberi komen mengenai perceraian Fattah Amin dan Fazura yang kini sedang viral.

“Kenapa nak ulas? Itu kan rumah tangga dia,” tegas Madammu.

Menerusi video yang tular di TikTok, Madammu mengingatkan netizen agar tidak campur tangan dalam urusan peribadi orang lain,

terutama tentang perceraian. Baginya, mengulas hal rumah tangga orang lain bukanlah satu tindakan yang baik.

Didesak peminat ulas penceraian fattah amin, sekali respon Madammu buat netizen sentap

“Siapa yang nakkan perceraian? Semua orang tak nak perceraian,” tambahnya.

Madammu juga menasihatkan peminat agar tidak terlalu ghairah membincangkan isu tersebut. Dia menekankan bahawa orang luar tidak tahu apa yang dilalui oleh pasangan selebriti itu.

“Kita tak pakai pun kasut mereka, kita tak tahu apa yang mereka lalui. Sebagai peminat, berhentilah bergosip. Jangan terlalu alpa dengan kesedihan orang lain.

“Sudahlah, tengok keluarga kita sendiri, jangan sibuk dengan rumah tangga orang,” nasihatnya lagi.

BACA: Rupanya puting buah dada wanita pun boleh berbulu macam lelaki, ini puncanya