Dina kecil hati dengan komen keras Tok Ram?

Oleh GEMILANGDAILY

Dina kecil hati dengan komen keras Tok Ram? Penyanyi Dina Nadzir tidak terasa atau kecil hati dengan komen yang diberikan ketua juri, Datuk Ramli MS susulan persembahannya dalam menyampaikan lagu Hijau di saingan minggu kelapan Gegar Vaganza 9 (GV9), malam tadi.

Menurut Dina, sebagai peserta sebuah pertandingan, dia terbuka dengan komen terutamanya daripada pihak juri profesional.

“Kita kena terimalah. Mereka sebagai guru, apa yang diperkatakan kita terima. Kalau tak terima, bila kita nak belajar,” katanya kepada MH.

Ditanya sama ada dia sedar akan nyanyian kurang menambat hati juri, Dina menyifatkan ia terjadi atas banyak sebab.

“Mungkin kerana ada perasaan gementar ketika di atas pentas, lebih-lebih lagi secara langsung. Banyak benda yang boleh jadi tak betul kalau menyanyi ‘live’.

Dina kecil hati dengan komen keras Tok Ram?

“Mungkin waktu raptai kita hanya tumpukan kepada persembahan sahaja. Tapi bila hari kejadian itu, kita kena fikirkan juga audiens, muzik, persembahan dan sebagainya.

“Juri pula ada di depan. Malah giliran pun boleh mainkan peranan. Contohnya ketika raptai saya buat persembahan nombor dua. Tapi malam tadi, giliran saya lain pula,” katanya lagi.

Dina bagaimanapun tidak mahu menjadikan status kesihatan sebagai alasan.

Dina Tak Ambil Hati Komen Tegas Ramli MS; “Kita Kena Terimalah, Mereka Sebagai Guru.”

“Jadi ada banyak benda kena fikir dalam masa yang sama, termasuk keadaan suara. Macam semalam (suara) okay, tiba-tiba bila malam rasa kering pula.

“Bila cakap soal nyanyian, ia suatu yang subjektif. Tapi saya tidak pernah cerita, Tok Naz (Syafinaz Selamat) yang dedahkan.

“Memang saya pernah beritahu, sebelum ini dijangkiti Covid-19, tapi tidak menjadikan hal tersebut sebagai alasan,” katanya.

BACA:

‘Rindu panggilan Abang’ – Kasih suami tetap setia jaga 18 tahun isteri dalam koma

Campur 2 bahan ini sahaja dah buatkan Cokctail anda rasa ‘heaven’

Elon Musk umum pecat ribuan pekerja Twitter