Dinar Candy dituduh biadab kongsi video berdoa depan Kaabah gara – gara guna lagu ni

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Selebriti seksi Indonesia, Dinar Candy, mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video dirinya berdoa di depan Kaabah diiringi muzik dangdut.

Video tersebut, yang dirakam ketika hujan di Makkah, menggunakan lagu “Eta Teranglah” nyanyian Mila sebagai latar muzik, yang dianggap tidak sesuai untuk suasana ibadah.

Dalam kapsyen video yang dikongsi di Instagram, Dinar, 32, menulis doa memohon rezeki yang luas dan mengajak pengikutnya mengaminkan permohonannya.

“Ya Allah, berikanlah rezeki yang banyak. Netizen, aminkan ya,” tulisnya.

Bagaimanapun, tindakan Dinar menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Dinar Candy dituduh biadab kongsi video berdoa depan Kaabah gara - gara guna lagu ni

Mereka mengkritik pemilihan lagu dangdut yang dianggap tidak sesuai untuk menggambarkan suasana di Tanah Suci.

“Kenapa lagunya seperti ini? Tidak sesuai. Mahu buat konten atau beribadah?” komen seorang pengguna media sosial.

Namun, tidak semua komen bersifat negatif. Beberapa pengguna turut mendoakan agar Dinar mendapat hidayah untuk menutup aurat sepenuhnya selepas pulang dari Makkah.

“Semoga selepas pulang dari Tanah Suci, kamu dapat berubah dan menutup aurat dengan sempurna,” tulis seorang netizen.

Dinar Candy, yang sering mencetuskan perhatian dengan penampilannya, kini menjadi topik perbincangan hangat. Ada yang berharap pengalaman di Makkah akan membawa perubahan positif dalam hidupnya.

BACA: Jimatkan kos hidup dengan 5 kereta jimat minyak terbaik di Malaysia – No. 3 paling menguntungkan!