Disoal netizen berkenaan Sepahtu, Jep akhirnya dedah rahsia kenapa dia masih bertahan dengan Sepahtu, kesiannya..
Isu tentang kumpulan Sepahtu sememangnya sudah diketahui oleh ramai dimana kumpulan tersebut telah berpecah.
Namun, sehingga kini para peminat masih bertanya dan mengharapkan kumpulan tersebut kembali bersatu.
Baru-baru ini, Muhd Nadzri atau lebih dikenali dengan panggilan Jep Sepahtu telah menjawab soalan peminat berkenaan isu Sepahtu.
Menerusi live di aplikasi TikTok peribadinya, seorang peminat telah menyuruh Jep cukupkan ahli Sepahtu seperti dulu.
Dia menyatakan bahawa perkara tersebut adalah susah kerana masing-masing sudah ada komitmen, keinginan dan kecenderungan yang tersendiri.
Tak pandai berniaga ataupun buat perkara lain, hanya Sepahtu tempatnya mencari makan. Oleh itu, dia harus tetap teruskan juga Sepahtu walaupun berseorangan.
Akur dan hormat pendirian orang lain
Sudah puas memujuk dan ajak ahli kumpulan yang lain untuk meneruskan Sepahtu namun dia harus akur dan hormat pendirian orang lain.
Suka aku dengan explanation Jep bila orang tanya pasal Shuib
1. Dia cakap semua ada kehidupan, keinginan & kecenderungan masing2
2. Dia dah pujuk tapi dia dah tiada daya
3. Dia tak pandai buat business mcm org lain, jadi dia teruskan je Sepahtu tanpa Shuib pic.twitter.com/NGjMbYkwPl
— Team Raya KL | 〽️ (@_NazriH) July 16, 2023
Pelawak tersebut juga mengatakan bahawa dia sekolah tak berapa pandai jadi bakat keizinan Allah yang bagilah membuatnya masih boleh mencari makan.
Harus terus berjalan dan tidak boleh berhenti
Masih ada benda yang perlu ditanggung dan perlu dibayar. Oleh itu dia harus terus berjalan dan tidak boleh berhenti.
Pelawak tersebut juga berterima kasih kepada orang yang masih menemaninya untuk terus berkarya seperti Abang Ebby.
Dia juga menyatakan bahawa kadang-kadang sudah tidak tahu untuk menjawab soalan-soalan tentang ahli kumpulan Sepahtu yang lainnya.
BACA:
Gara-gara masalah air, pengurusan Aeon Mall Kota Bharu minta jimatkan penggunaan air