Dituduh curang dengan anggota Polis, wanita dedah perangai sebenar suami

Oleh ISMAIL YAHYA

Terdahulu, tular di TikTok video yang memaparkan seorang lelaki menerjah isterinya yang didakwa curang dengan seorang anggota polis.

Dalam video tersebut, si isteri dilihat mengunci dirinya dalam kereta dan memecut lari selepas didesak untuk keluar.

Terbaru, isteri tersebut tampil menceritakan situasi dari sudut pandangnya, di mana dia dan suami sebenarnya sudah hampir setahun tinggal berasingan.

“Selama tidak sampai dua tahun perkahwinan ini, saya sudah mengalami banyak perkara.

Adakah saya patut tinggal bersama seseorang yang mudah naik tangan hanya untuk menutupi kesalahan dia?”

'Selamatkan purse saya, hok mati tu biar je' Netizen pertikai betul ke wanita langgar pelajar UiTM sakit mental

Mereka kini dikatakan dalam proses perceraian, tetapi suami enggan memberikan kerjasama. Dia mendedahkan bahawa dia sering dipukul oleh suami dan suaminya juga curang dengan ramai wanita.

Sebelum membuat keputusan untuk bercerai, dia telah memberi banyak peluang kepada suami dan cuba berbincang secara baik, tetapi gagal.

“Sepanjang proses perceraian, saya tidak pernah disabitkan oleh lelaki tersebut tentang nusyuz, tiada istilah curang atau apa-apa, tetapi disebabkan kuasa viral, orang hanya mendengar sebelah pihak.”

Semua ini berlaku kerana dia yang terpaksa menafkahi diri sendiri serta anak yang bersama dengannya. Dia terpaksa melakukan 2-3 pekerjaan, termasuk kerja sambilan dengan Grab, untuk membayar hutang yang tertunggak disebabkan lelaki tersebut yang menghalang dia daripada bekerja sebelum ini.

Isteri itu turut mendedahkan bahawa suaminya seorang yang tidak bertanggungjawab dan dia terpaksa keluar rumah untuk mencari rezeki.

Suaminya pula enggan melepaskan dirinya dan berniat untuk menggantungnya tanpa tali.

BACA: