Diumpan belanja baju di Aeon Mall KB, isteri kantoi dating dengan skandal saat suami membanting tulang cari nafkah

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Sejak kebelakangan ini, banyak pula kisah membabitkan isteri yang kantoi curang di belakang suami.

Terbaru, tular di TikTok rakaman video memaparkan seorang suami ‘menangkap’ isterinya keluar bersama lelaki lain.

Ketika ditanya si suami, lelaki tersebut menjelaskan dia tak tahu bahawa wanita itu sudah berkahwin.

Diumpan belanja baju di Aeon Mall KB, isteri kantoi dating dengan skandal saat suami membanting tulang cari nafkah

Mereka keluar berdua kerana wanita itu mengajaknya membeli makanan di sebuah restoran makanan segera.

Mendengar jawapan itu, si suami naik angin dan meminta penjelasan isteri adakah dia terlalu miskin sampai si isteri sanggup meminta dibelanja lelaki lain.

curang

Aku sesok (miskin) ke? Macam ni lah, kalau rasa aku sesok (miskin), malam ni aku bagi setel semua. Tak kira berapa tahun kalau main jantan macam ni.

Aku tak pernah keluar dengan perempuan. Sumpah demi Allah.

curang

Aku pergi kerja, pagi petang siang malam. Malam pun aku kerja lagi nak cari duit. Mu jangan bodoh sangat.

Betul lah, rasa tak sedap hati tadi nak tunggu. Jumpa juga mu. Kalau aku tak kejar tadi, mu memang terlepas. Nasib mu…

Tak cukup dengan itu, si suami berjaya membuka password telefon isteri dan menjumpai Whatsapp mesra dengan lelaki lain sewaktu suami sibuk bekerja.

Dia bersyukur kerana Allah SWT akhirnya telah menunjukkan kebenaran biarpun pedih untuk diterima.

Kini hidupnya lebih baik dan bahagia tanpa seorang wanita bernama isteri.

BACA: Selepas 30 minit anak nikah, ibu meninggal dunia