Seronoknya melihat pasangan suami isteri yang dikurniakan anak kembar, bukan?
Namun, rezeki ini tidak datang dengan mudah untuk semua orang, dan ada yang perlu berusaha untuk mendapatkannya.
Bagi anda yang ingin mencuba untuk mendapatkan anak kembar, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Aziah
Beliau telah berkongsi beberapa tips di laman TikToknya.
Tips ini boleh dicuba bagi mereka yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak kembar.
Sejarah Keluarga Mempunyai Kembar
Bagi anda yang belum berkahwin dan ingin mencari pasangan, inilah masanya untuk mencari pasangan, terutamanya bagi lelaki yang perlu mencari wanita yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai kembar.
Etnik/Bangsa
Selain itu, perkahwinan campur antara bangsa juga boleh meningkatkan potensi untuk mendapat anak kembar. Menurut doktor, wanita daripada etnik Afrika mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mendapatkan anak kembar.
Umur Bawah 35 Tahun
Umur juga memainkan peranan penting. Dinasihatkan agar wanita berumur 35 tahun ke bawah mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mendapatkan anak kembar.
IVF (In Vitro Fertilization)
Ramai di antara kita yang pernah mendengar tentang proses rawatan kesuburan iaitu IVF (In Vitro Fertilization), bukan? Dalam proses ini, anda boleh meminta doktor untuk mendapatkan kembar dua, malah kembar tiga atau empat pun boleh!
Ubat Kesuburan
Menurut pakar, ubat kesuburan jenis Clomiphene Citrate boleh diambil, tetapi perlu atas saranan pakar. Ini adalah ubat kesuburan yang digunakan oleh wanita untuk hamil, dan mungkin boleh membantu mendapatkan anak kembar!
Semoga tips ini dapat membantu anda yang ingin mendapatkan anak kembar!