Biasanya, pada bukaan bersalin 2cm, ibu hamil mungkin tidak mengalami kontraksi yang kerap
Dan akan diminta pulang ke rumah sehingga bukaan mencapai tahap sepenuhnya.
Namun, melalui perkongsian Dr. Izzat di TikTok, walaupun bukaan bersalin hanya 2cm,
terdapat beberapa faktor lain yang perlu dipertimbangkan sebelum membenarkan pesakit pulang ke rumah.
BUKAAN BERSALIN 2CM KADANG-KADANG BOLEH TERUS BUKA SEPENUHNYA
Saya mengakui bahawa proses bersalin ini sukar dijangka. Kadang-kadang dari bukaan 2cm, boleh terus buka sepenuhnya dalam beberapa saat. Doktor sendiri tidak dapat menjangka bila pesakit akan bersalin.
Oleh itu, bagi mereka yang datang dengan bukaan bersalin bawah 3cm, sebelum doktor menyarankan untuk pulang, ada beberapa perkara yang akan dinilai terlebih dahulu, seperti:
Jarak rumah dengan hospital:
Pengangkutan yang tersedia untuk membawa pesakit ke hospital dan kelajuan sampai ke sana perlu dipertimbangkan. Selain itu, adanya orang untuk membantu jika berlaku kecemasan juga penting.
Bergantung pada kondisi pesakit:
Kadang-kadang walaupun bukaan baru 2cm, ada pesakit yang perlu tinggal di hospital untuk pemeriksaan lanjut, terutamanya jika kontraksi semakin kerap dan sakit yang berpanjangan. Setiap individu mempunyai proses bersalin yang berbeza.
Polisi hospital dan faktor lain:
Akhir sekali, ada hospital yang tidak membenarkan pulang walaupun bukaan 2cm disebabkan polisi hospital dan beberapa faktor lain. Ada juga pesakit yang perlu diperiksa setiap 4-6 jam, dan jika bukaan serviks serta kontraksi tidak berubah, barulah mereka boleh pulang ke rumah.
Membenarkan pesakit pulang bukan hanya berdasarkan bukaan bersalin. Doktor perlu mempertimbangkan pelbagai faktor sebelum membuat keputusan.
Oleh itu, ibu hamil dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi keputusan doktor. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada semua pembaca SirapLimau di luar sana.