Doktor saran pempengaruh PN buat pemeriksaan mental

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Seorang doktor perubatan, Dr. Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin, telah menyarankan agar pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai dma Islam membuat pemeriksaan mental.

Khairul Hafidz, yang juga merupakan Pengerusi MedTweetMY, berkata cadangan itu dibuat selepas bimbang

kandungan yang dimuat naik oleh dma Islam, atau nama sebenarnya Danial Mirza, mungkin memberi kesan negatif kepada golongan muda.

“Ramai yang mengatakan kamu troll atau ‘in character’ (menjiwai watak), tetapi saya bimbang ada sesuatu yang lain.

“Kamu adalah seorang yang berpengaruh dan ramai anak muda yang percaya dengan apa yang kamu katakan, jadi saya risau dengan kata-kata yang keluar dari mulut kamu,” katanya di Twitter, kelmarin.

Doktor saran pempengaruh PN buat pemeriksaan mental

Tambah Khairul Hafidz, beliau berharap pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu dapat segera menjalani pemeriksaan.

“Jika tiada apa-apa, tunjukkan bukti kepada semua bahawa kamu telah diperiksa oleh doktor pakar. Pada masa itu, barulah saya yakin bahawa kamu sedang troll,” jelasnya.

Nama dma Islam telah menjadi sebutan sejak kebelakangan ini dan telah meraih populariti melalui video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya.

Pempengaruh ini yang terkenal dengan penggunaan perkataan ‘bocah’ (keanak-anakan) sering memuat naik kandungan motivasi sebelum beralih kepada pembangunan diri.

Bagaimanapun, rata-rata mempersoalkan tentang personaliti dan watak yang dibawakan oleh dma Islam meskipun dia mendakwa kandungan yang dibuatnya melebihi tahap pemikiran biasa.

BACA: ‘Kita tak pernah gaduh besar, kita bahagia tapi kenapa awak ceraikan saya? Penat saya fikir dimana kurangnya saya’