Doktor ‘Sound’ Pesakit Guna Gelaran ‘Kak’ Waktu Dirawat, “Ni Bukan Pasar Malam..”

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Melalui laporan Sinar Harian baru-baru ini, kejadian yang berlaku di sebuah hospital itu sememangnya tidak patut berlaku.

Difahamkan, seorang pesakit telah memanggil doktor yang merawatnya dengan gelaran ‘kak’ ketika sedang memberitahu sakit yang dialami.

Reaksi doktor tersebut sangat mengejutkan kerana dalam nada yang agak keras menegur pesakit tersebut secara tiba-tiba.

Doktor ‘Sound’ Pesakit Guna Gelaran ‘Kak’ Waktu Dirawat, “Ni Bukan Pasar Malam..”

Bukak kak.. doktor. Kita bukan berada di pasar malam.

Sememangnya kejadian tersebut membuat individu tersebut menahan rasa malu tetapi pesakit itu tidak melakukan sebarang kesalahan dengan memanggil gelaran ‘kak’.

Menurut laporan Sinar Harian lagi, barangkali pesakit tersebut jarang berdepan dengan doktor hingga menyebabkan dirinya tersasul ataupun mahu kelihatan lebih mesra dengan memanggil seperti itu.

BACA: “Takdir Allah, 3 hari sebelum aku bersalin kantoi segalanya, Allah buka pintu hati aku contact anak saudara belah suami, terbongkarlah segalanya..”