Doktor terkejut darah wanita ini tiba-tiba bertukar jadi biru

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Doktor di Providence, Kepulauan Rhode, terkejut dengan kes melibatkan seorang pesakit wanita

Dia yang mengalami pertukaran warna darah selepas disuntik ubat penahan sakit.

Darah wanita berusia 25 tahun itu berubah daripada merah kepada biru.

Pesakit tersebut datang ke hospital mengadu merasa lemah dan keletihan, sukar bernafas,

dengan wajah dan seluruh badannya juga berubah menjadi biru.

Doktor terkejut darah wanita ini tiba-tiba bertukar jadi biru

Para doktor menggelar simptom ini sebagai “cyanotic,” yang merupakan istilah perubatan untuk menggambarkan perubahan warna pada anggota badan akibat penggunaan ubat benzocaine. Ubat ini biasanya digunakan untuk meredakan sakit gigi dan selesema.

Seperti yang disangka oleh doktor, wanita itu memberitahu bahawa dia telah mengambil benzocaine dalam jumlah yang agak banyak pada malam sebelumnya kerana sakit gigi.

Ubat yang diambilnya ini mencetuskan reaksi luar biasa yang dikenali sebagai “methemoglobinemia.”

Benzocaine menghalang darah segar yang kaya dengan oksigen daripada menghasilkan oksigen untuk tisu, menyebabkan darah tersebut berubah menjadi biru.

Menariknya, cara penyembuhannya juga menggunakan warna biru, iaitu Methylene Blue, yang dapat mengembalikan semula molekul hemoglobin ke dalam badan dan membolehkan oksigen masuk ke dalam tisu.

Wanita tersebut diberikan dua dos Methylene Blue dan ditahan di hospital selama dua hari untuk tujuan pemantauan. Dia dibenarkan pulang selepas darahnya kembali normal

BACA: Ini keadaan terkini kereta yang didakwa mempunyai tunggakkan bank