Dr Musa kritik Dr Hisham, mengapa lebai pula kepanasan?

Dr Musa kritik Dr Hisham, mengapa lebai pula kepanasan?

لا يَدْخُلُ الجَنَّةَ نَمَّامٌ

“Tidak masuk syurga pelaku namimah (pengadu domba)”

(HR Muslim)

Cukuplah haditih ini digunakan untuk menjawab kelompok lebai-lebai dan pejuang Isley yang sedang cuba melaga-lagakan antara Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia , Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah dengan Dr. Musa Nordin.

Kedua-duanya mereka ini mempunyai kepakaran dan tanggungjawab masing-masing. Bahkan kedua-duanya adalah frontliner bagi memerangi COVID 19. Tetapi sekarang para lebai dan pejuang Islam cuba untuk downgrade (menjatuhkan) keperibadian Dr. Musa Nordin hanya kerana teguran yang diberikannya terhadap Dr. Noor Hisham.

Artikel tulisan Kamarul Yusoff yang bertajuk “Pemuja DAP kritik KP kesihatan kononnya gagal” merupakan permulaan bagi serangan lebai terhadap Dr. Musa Nordin. Ironinya, artikel itu turut hilang daripada radar (dibuang artikel daipada halaman Harakahdaily) setelah hampir 24 jam dipaparkan di laman tersebut.

Pautan artikel yang dipadam itu : https://harakahdaily.net/…/pemuja-dap-kritik-kp-kesihatan-…/

Sekarang timbul pula satu artikel yang membawa nada yang sama tulisan Zaid Adhar yang bertajuk “Dr. Musa Nordin rupanya Penasihat Menteri Kesihatan PH” melalui pautan ini https://harakahdaily.net/…/dr-musa-nordin-rupanya-penasiha…/

Ingatilah suruhan Allah,

ﻭَﻟَﺎ ﺗُﻄِﻊْ ﻛُﻞَّ ﺣَﻠَّﺎﻑٍ ﻣَﻬِﻴﻦٍ ‏( 10 ‏) ﻫَﻤَّﺎﺯٍ ﻣَﺸَّﺎﺀٍ ﺑِﻨَﻤِﻴﻢٍ ‏( 11 ‏) ﻣَﻨَّﺎﻉٍ ﻟِﻠْﺨَﻴْﺮِ ﻣُﻌْﺘَﺪٍ ﺃَﺛِﻴﻢٍ ‏( 12 )

“Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah, yang banyak menghalangi perbuatan baik, yang melampaui batas lagi banyak dosa” (QS Al Qalam:10-12).

Semoga Allah memburukkan wajah-wajah para lebai dan pejuang Isley yang memburukkan dan memfitnah para pejuang barisan hadapan kita serta melaga-lagakan antara mereka. Amin.

Sumber :