Doktor dan pempengaruh dikenali sebagai Dr Say Shazril telah berkongsi rakaman CCTV rumahnya
Ada yang memaparkan pembantu rumah melakukan keganasan dan kekasaran terhadap anak ketiganya berusia 10 bulan.
Menerusi Instagram, dia meluahkan rasa kesal kerana pembantu rumah terbabit tidak serik meskipun sudah diberikan peluang kedua.
Kami bagi dia peluang kedua lepas incident bawak masuk lelaki yang lepas sebab sebelum incident tu, dia baik orangnya.
Rupanya makin menjadi. Helper ni sama je tak kira dari Indonesia atau Filipina.
In the end its all about perangai individu tu tak kisah dari mana they came from.
Perkongsian Dr Say menerima pelbagai komen dan respon daripada masyarakat di mana ramai yang memberi kritikan kepadanya dan isteri kerana meninggalkan anak-anak bersama pembantu rumah sahaja ketika mereka ‘outstation’.
Ada yang berkata dia seharusnya pastikan ada ahli keluarga seperti nenek kepada anak-anaknya untuk pastikan tiada perkara buruk berlaku termasuklah hal-hal kecemasan.
Segelintir netizen turut mengkritiknya kerana tidak memeriksa CCTV sepanjang seminggu dia dan isteri bercuti berdua ke Jepun sebelum ini kerana percaya dengan pembantu rumah itu.
komen netizen Dr Saykomen netizen Dr Saykomen netizen Dr Saykomen netizen Dr Saykomen netizen Dr Saykomen netizen Dr Say
Menyedari dirinya menerima kritikan ramai di media sosial, Dr Say tampil menerusi satu hantaran lain untuk membuat permohonan maaf dan akui dia menerima segala kecaman dan nasihat.
Saya terima dengan hati terbuka untuk saya perbaiki diri saya. Saya bernasib baik anak tiada kecederaan atau kecacatan kekal. Saya hargai setiap kata-kata anda semua.
Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberinya teguran dan nasihat berkaitan kelalaiannya dan isteri dalam memastikan keselamatan anak-anaknya terjaga.
BACA: Rumah tangga Heliza Helmi bergolak? Tuan badan dedah sebab kenapa memilih berdiam diri