DSV nasihat Caprice kurang-kurangkan dedah aib orang, ini jawapan tuan badan buat DSV terkedu

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Penyanyi dan pengaruh media sosial, Caprice, meminta pengikutnya untuk mengabaikan

Nasihat yang diberikan oleh usahawan kosmetik Datuk Seri Vida baru-baru ini.

Caprice juga mengambil kesempatan untuk menasihati Vida agar lebih fokus pada isu Lavida Coin.

“Abaikan saja, kirim salam Lavida Coin kepada dia. Siapa yang mengikuti saya sejak dulu tahu 99 peratus berita kami,

kerana ramai yang meminta bantuan atau mangsa sendiri yang meminta tolong,” ujarnya.

DSV nasihat Caprice kurang-kurangkan dedah aib orang, ini jawapan tuan badan buat DSV terkedu

Menurut Caprice, kandungan media sosial yang telah dimuat naik sebelum ini berkaitan dengan kes-kes sensitif yang berlaku di negara ini dan hanya sedikit mengenai kisah keluarga serta jenaka.

Merujuk kepada nasihat Vida, Caprice seolah-olah memberi gambaran bahawa dia tidak akan berhenti memberi kesedaran dan membongkar kisah-kisah serta isu semasa.

Sebelum ini, Datuk Seri Vida pernah terlibat dalam kes Lavida Coin, di mana lebih 40 mangsa tampil menuntut ganti rugi sebanyak RM59 juta. Namun, sehingga kini, kes tersebut masih dalam siasatan.

BACA: Tak nak kalah, pecah rekod lelaki ‘order’ 30 pinggan nasi kandar cecah RM450