Dua individu pertama terima suntikan ujian klinikal vaksin Covid-19 adalah dari AMK – Akmal

Dua individu pertama terima suntikan ujian klinikal vaksin Covid-19 adalah dari AMK – Akmal

Individu yang pertama dan kedua dalam Malaysia yang menerima suntikan vaksin (peringkat kajian klinikal) adalah daripada Angkatan Muda KEADILAN (AMK) iaitu sdr Adam Loh, Naib Ketua AMK Kedah serta sdr BK Tan dari AMK Sg Petani, sebentar tadi.

Mereka telah mengambil inisiatif dengan menawarkan diri sebagai sukarelawan kajian ini dan berani mengambil risiko supaya negara kita dapat mencari vaksin yang selamat dan berkesan demi melindungi orang ramai daripada COVID-19.

Fasa ini adalah pusingan terakhir ujian sebelum sebarang vaksin atau ubat diluluskan untuk kegunaan umum.

AMK Malaysia merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih buat sdr Adam Loh & BK Tan atas pengorbanan yang diberikan.

Sama-sama kita doakan agar usaha ini berjaya. –FB