Dua pelajar Malaysia selamba beraya ke White House, akhirnya ini yang jadi

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Baru- baru ini tular satu video yang menunjukkan dua pelajar Malaysia beraya di White House dengan berbaju Melayu lengkap.

Mereka yang berada di perantauan juga pasti tidak sabar untuk meraikannya walaupun terpaksa berpisah dengan keluarga sementara melanjutkan pelajaran di sana.

Hari Raya Aidilfitri disambut oleh umat Islam di dunia pada Jumaat lalu manakala di Malaysia adalah pada hari Sabtu (22 April).

Semua umat Islam pasti merasa amat teruja dengan hari lebaran ini dan tidak sabar untuk beraya bersama keluarga tersayang dan saudara-mara yang sudah lama tidak berjumpa.

Mereka yang berada di perantauan juga pasti tidak sabar untuk meraikannya walaupun terpaksa berpisah dengan keluarga sementara melanjutkan pelajaran di sana.

Dua pelajar Malaysia selamba beraya ke White House, akhirnya ini yang jadi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @abemisai di TikTok, kelihatan dua lelaki berbaju Melayu sedang melawat pagar Rumah Putih di Washington, D.C., United States untuk pergi beraya.

Mereka dilihat memanggil dan menjerit nama Presiden Amerika iaitu Joe Biden dengan panggilan “Abang Din” dan mengatakan “kami datang nak beraya” dari luar pagar White House tersebut.

Dalam video itu, mereka turut memberi salam sambil dirakam oleh kawannya dari luar pagar rumah berkenaan yang juga dikenali sebagai kediaman dan bangunan pejabat rasmi bagi Presiden Amerika Syarikat dan keluarganya.

“Secret service perhati je dari atas bumbung tu haha” – Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 2.3M views, 344.8K likes dan 1,518 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat dua pelajar ini dan memberi komen yang mencuit hati mengenai kejadian tersebut. Ada juga yang hairan bagaimana mereka merakamnya dari dalam.

BACA: Sejauh mana suami menipu saya, Allah bukakan aib dia selepas dia meninggal dunia’