“Duit KWSP rakyat habis nak dikorek, duit dia penuh tapi ponteng parlimen”, netizen perli abah “Keluar duit kau la bagi rakyat”.
Perikatan Nasional (PN) memaklumkan yang mereka bersedia untuk melaksanakan penilaian semula pengeluaran Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) secara bersasar
jika berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Kaji pengeluaran KWSP kalau menang
Menerusi laporan dari Astro Awani, pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyuarakan kesediaan tersebut walaupun perkara itu tidak termaktub dalam menifesto gabungan berkenaan.
“Sebelum ini, kita sudah membenarkan beberapa kali pengeluaran KWSP termasuk i-Sinar dan i-Lestari.
“Untuk pelaksanaan ini (pengeluaran KWSP) secara bersasar, kita perlu melihat jumlah simpanan (pencarum) terlebih dahulu.
Ini kerana, pengeluaran tidak boleh dibuat jika sudah tiada simpanan (dalam KWSP),” katanya.
Terima keluhan dari TikTok
Kenyataan tersebut dibuat susulan beliau menyedari bahawa ramai yang memintanya untuk menyuarakan perihal pengeluaran KWSP di TikTok.
“Baru-baru ni saya ada mengeluarkan TikTok, dan antara perkara berbangkit adalah meminta ‘abah ni’ mengeluarkan sekali lagi KWSP,” ujarnya.
Tak logikla nak undi biar rakyat dapat keluar duit sendiri
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berasa tidak setuju dengan cadangan tersebut kerana merasakan KWSP itu adalah simpanan individu dan bukannya milik kerajaan.
Jadi, mereka mempersoalkan mengapa perlu untuk mengundi ataupun memastikan mana-mana pihak memenangi pilihan raya dahulu baru mereka dapat merasai sendiri wang tabungan mereka.
BACA:
Saintis dunia bingung! Dapat kesan ada degupan misteri dari matahari