Seperti yang kita sedia maklum, duit KWSP yang kita carum sepanjang berkerja boleh dikeluarkan apabila mencapai had umur tertentu.
Wang caruman yang boleh mencecah ratusan ribu ringgit itu pasti mampu membuatkan sesetengah individu menjadi tidak rasional dan menghabiskannya dalam sekelip mata.
Tuan Imlan Adabi, seorang pengguna Facebook, berkongsi kisah seorang kenalannya yang telah menghabiskan sejumlah wang besar duit KWSP dalam masa hanya 3 tahun.
Difahamkan, wang KWSP sebanyak RM700,000 hasil berkerja selama 30 tahun telah habis dalam masa 36 bulan sahaja.
Individu itu mengamalkan sikap boros keterlaluan, yang akhirnya memakan dirinya sendiri apabila terpaksa kembali bekerja di usia emasnya.
Imlan sering memberi nasihat kepadanya untuk membuat simpanan, namun nasihat itu diabaikan sejak 25 tahun lalu.
Realitinya, individu tersebut terpaksa kembali bekerja pada usia 70 tahun kerana terbeban dengan komitmen besar seperti kad kredit dan pinjaman rumah.
Selain menyesal, dia juga menyalahkan anak cucunya kerana tidak memberikan sokongan kewangan seperti yang diharapkan.
Bagi Tuan Imlan, dia dan isteri sentiasa ingat bahawa mereka tidak boleh terlalu berharap kepada anak-anak untuk menanggung kehidupan mereka di kemudian hari.
Baginya, untuk hidup selesa selepas bersara, kita perlu RM1 juta, walaupun itu belum termasuk inflasi dan kos sara hidup pada masa depan.
Malah, dia juga menggalakkan anak-anaknya untuk menabung sejak awal. Bagi mereka, mempunyai simpanan sederhana sudah cukup untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan mereka di usia tua.
Tidak mahu menyusahkan orang lain, dia hanya berharap doa dan wang saku dari anak-anaknya, dengan menganggapnya sebagai bonus.
Terkait dengan akaun terbaru dalam sistem KWSP, Tuan Imlan mengingatkan orang ramai agar tidak mengusik simpanan tersebut.
BACA: Dadah jenis baharu diperbuat dari tulang mayat! Didakwa boleh buat penagih tidur berdiri!