Duit Malaysia ada lemak babi? Sekali bekas Mufti Wilayah terpaksa buka mulut.
20 September lalu, seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) mendakwa beliau mendapat maklumat daripada pemain industri yang terlibat dalam percetakan
wang kertas RM bahawa mereka menggunakan lemak khinzir sebagai salah satu bahan penghasilannya.
Profesor Dr. Zhari Ismail dari Pusat Pengajian Sains Farmasi USM sudah meminta pihak Bank Negara Malaysia (BNM) agar melakukan pengesahan sama ada laporan mengenai hal ini benar atau pun tidak.
Beliau turut menasihatkan agar sampel wang kertas RM dihantar untuk proses kajian makmal kerana perkara yang sama pernah dilakukan terhadap wang kertas USD dan hasilnya mendapati wang kertas USD memiliki DNA khinzir dan kuman e-coli.
Ramai yang menyuarakan kekhuatiran mereka dengan keadaan ini dengan mempersoalkan apakah hukum penggunaan wang kertas RM ini dalam kehidupan seharian.
Pensyarah Fiqh Makanan dan Kepenggunaan Semasa Pusat Kajian Fiqh Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata hukum penggunaannya masih dikira harus dan suci sehingga terdapat fatwa baharu yang mengatakan ianya haram atau najis.
Beliau turut meminta pihak yang mengeluarkan dakwaan tersebut supaya mengemukakan bukti secara tepat melalui ujian DNA dan keputusannya perlulah diserahkan kepada Jabatan Mufti untuk penentuan hukumnya.
Sekiranya dakwaan DNA khinzir ini benar-benar wujud, penentuan hukum perlu dibuat oleh mufti sama ada ianya adalah harus disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan (Umum Balwa) atau keperluan mendesak dan tiada pilihan lain (Alhajah) dan perlu mencari solusinya pada masa akan datang.
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan pula, beliau meminta agar pihak pendakwa yang mengeluarkan dakwaan tersebut mendapatkan pengesahan dan laporan makmal terlebih dahulu.
BACA:
Tahukah anda? Ini 6 rahsia PUSPAKOM yang korang tak tahu! No.5 tu mengejutkan!