Saya hadapi 1 masalah,saya nak minta pendapat umum. Saya ada seorang isteri dan 2 orang anak perempuan. Isteri saya bekerja di kilang.
Dulu isteri tak bekerja tapi memandangkan kos sara hidup tingi,dia bekerja.Tapi lama kelamaan, perangai dia berubah.
Kelihatan seperti sudah tidak perlukan saya lagi, mungkin kerana gaji yg selesa atau sebab sebab lain.
Banyak orang kata perempuan nie kalau gaji besar sikit lebih dari suami dia akan ego?
Dulu isteri seorang yg penyayang, sejak kerja nie suami sendiri pun dah macam layan tak layan. Penampilan pun makin hari makin lagi. bukan saja di tempat kerja kadang2 keluar jalan2 pun sama. Bila ditegur pakai ketat2 boleh pula cakap “perbetulkan hidup hang dulu, baru perbetoi keluarga”.
Kadang pi kerja make up bukan main tapi kat rumah mcm mama bosan ja. yalah kan, saya pun kurang ilmu agama tp bab2 aurat nie memang saya jaga.
Isteri keluar pi kerja make up lawa2 tp bila tegur melenting. bg alasan “ala geng2 kerja tgk ja bukan dok mai sentuh pun”. Masalahnya sekarang tentang cerita yang terbaru ni kalau saya dapat tau dok isteri tengah rapat dengan suami orang pula. saya pun ada spy juga.
Tapi bila tanya tak mengaku. Alasan kawan biasa. teman sekerja. dikatanya pula “tulah,susah sembang ngan orang yg tak pernah kerja kilang”. Kita nie kalau boleh nak jaga sebaiknya isteri kita (Aurat) dari tatapan bukan mahram. Degan make up.
Perfume semerbak. seluar ketat untk apa tu?. tu nak pi kerja ka nak melawa. Kadang fikir pun menyakit hati ja. nak nasihat macam mana pun tak tau dah..
BACA: ‘Suami cakap nak hidup sampai usia 43 tahun je’, Ina Naim tak sangka ia jadi kenyataan