Dulu kritik lantikan politik, kini ketua pemuda Pas dilantik GLC Kedah

Dulu kritik lantikan politik, kini ketua pemuda Pas dilantik GLC Kedah

Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin hari ini dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Bina Darulaman Berhad, sebuah syarikat pembinaan milik kerajaan (GLC) negeri Kedah.

Menurut laporan, beliau dilantik bersama-sama bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Kulim Technology Park Corporation Muhammad Sobri Osman (2008-2013).

Sebelum ni, ramai Ahli Parlimen (MP) yang kini pro-kerajaan mengkritik kuat lantikan politik dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan Persekutuan (GLC) ketika masih lagi bergelar pembangkang.

Kini, mereka secara sukarela menerima jawatan-jawatan itu atas alasan perlu memastikan semua GLC dan agensi kerajaan berfungsi menurut kehendak pentadbiran pusat.

Malah, ada di kalangan mereka menulis surat cadangan kepada menteri agar individu yang memiliki talian persaudaraan dengan mereka diberi jawatan dalam GLC atau agensi kerajaan.

Sebagai contoh, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, baru-baru ini mengaku pernah mencadangkan kepada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar anaknya dipertimbangkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Pharmaniaga.

Kesemua ini menunjukkan kelemahan ketara dalam kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memiliki majoriti amat tipis dan didirikan di atas janji bahawa semua ahli parlimen dan pemimpin parti pro-kerajaan akan diberi jawatan dalam GLC dan agensi kerajaan.

Biarpun pentadbiran Perikatan Nasional kini menyaksikan pemberian jawatan dalam kadar tertinggi di sejarah tanah air, perkara ini tidak dihiraukan langsung oleh Muhyiddin yang amat terdesak kerana takut kerajaan akan tumbang sebelum beliau sempat memulas tangan UMNO dalam usahanya menguasai Muafakat Nasional.

Malangnya, pencaturan Muhyiddin gagal apabila ketua-ketua bahagian dan cawangan serta akar umbi PPBM dari seluruh negara bertindak keluar parti secara berperingkat, termasuk pemimpin dan akar umbi dari Pagoh yang diterajui oleh beliau sendiri.

Setakat ini sahaja, lebih 65 peratus ahli PPBM seluruh negara sudahpun mengisytiharkan keluar parti, manakala hampir 18 peratus lagi memberikan komitmen bertulis untuk berbuat demikian dalam masa terdekat.

Kesemua ini menyebabkan kerajaan pimpinan Muhyiddin kini berada di ambang keruntuhan dan merungsingkan ramai pelabur tempatan dan luar negara yang dikatakan tidak lagi yakin dengan pentadbiran beliau.

Penglibatan terlalu ramai ahli politik dalam GLC turut membimbangkan pelabur-pelabur ini yang takut gejala kronisme dan nepotisme yang sedang berleluasa akan menjurus kepada penipuan, salah guna kuasa dan rasuah yang akhirnya akan memudaratkan mereka sendiri.

Mangsanya ialah rakyat Malaysia, dan yang paling menyedihkan ialah kesanggupan PAS “menghalalkan segala kemudaratan dan kepincangan bawah pentadbiran Muhyiddin” biarpun tahu apa yang berlaku adalah di luar batasan kebenaran.

Apa pun, Muhyiddin terpaksa juga memberi lebih banyak jawatan GLC kepada pemimpin-pemimpin PAS dan UMNO bagi menimbulkan persepsi kononnya kerajaan pimpinan beliau masih kuat dan masih lagi mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi dari UMNO dan PAS.

Berita penuh : https://www.thethirdforce.net/makin-goyang-kerajaan-makin-banyak-jawatan-terbaru-libatkan-pas/?