“Dulu sebelum kahwin aku suka lelaki yang jenis ‘family man’, aku sangka orang macamni akan lebihkan isteri dan anak, jangkaan aku meleset..”

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Aku nak tanya pndapat semua. Ada tak kat sini yang husband and family dia close. Pergi bercuti pon sama sama kadang pegi mall pun sama sama 1 family semua.

Cerita nya macam ni, fmily in law aku ni every year pegi becuti sama-sama.

Aku ni nak merasa jugak becuti family aku je (hsband dan anak2).

"Dulu sebelum kahwin aku suka lelaki yang jenis 'family man', aku sangka orang macamni akan lebihkan isteri dan anak, jangkaan aku meleset.."

Tapi disebab kan budget tak da sebab da pegi dengan family dia, dari 1st year kitorang kawen sampai la dah 5 tahun kawen tak ade pun pegi becuti sendiri2.

Aku bukan apa, husband pon tak kemampuan sangat, aku pulak housewife, income cuma dari bisnes online je. Pernah juga sekali kita orang tak join family in law pegi holiday tapi husband tetap kene keluar duit untuk belanja bapak dia and adek yang belum kerja.

Walhal bapak mertua ada duit pencen tiap bulan masuk, adek beradik perempuan lain pun pegi juga bercuti tapi keluar duit untuk sendiri je lah.

Hsband anak tunggal laki katanya memang patut kene belanja family. Huhui aku kat sini nak mintak duit husband pun kadang kesian adek beradik dia selamba je mintak beribu.

Bayang kan lah kalau kitorang ikut confirm2 kene keluar banyak. Walaupun kongsi2 keluar duit tapi husband kene keluar duit extra. Aku tak da la nak suruh korang bash family in law aku.

Tapi ade sesiapa yang ada pgalaman sama tak macamana nak ajak hsband supaya becuti sendiri2 je (dengan anak2 kitorg je tanpa family in law). Nant salah cakap ingat aku benci pulak dengan family dia.

Nasib baik mak mertua aku baik, dia selalu mintak maaf dengan aku macam memahami aku. Mak mertua aku pun housewife sejenis memang mengikut je suami even bapak mertua aku selalu marah dia depan anak menantu.

Lain betul dengan bapak mertua aku, bila datang rumah aku secara mengejut dia tengok stok telur ayam tak da pun dia cakap aku malas masak. Haha sabar je lah.

Doakan lah aku dapat kerja, ada income tetap bulan2 senang nak saving, bole la aku pegi holiday dgn family aku je. Dulu sebelum kahwin aku suka la dengan lelaki yang jenis ‘family man’.

Sangkaan aku orang mcmni akan lebihkan jugak wife and anak dia. Tapi huhu masih lebih kan family dia sana.

Aku jadi housewife pun kene paksa dengan hsband.

Tapi tulah bila kite ni macam takda apa suara kita ni tak ada makna la. Yelah semua guna duit hsband kan kene lah ikut rentak dia semua.

Even kadang duit bisnes online aku la yang support bayar bil segala

BACA: “Walaupun aku bukan menantu pilihan, aku juga manusia biasa kadang kala aku rasa seperti mahu berputus asa”